Kiriman pada: Wed, Jul 22nd, 2015

Polis Singapura Beku Dua Bank Akaun Berkaitan 1MDB

Kongsi maklumat ini
Tags

spore-1MDBSingapura – Polis Singapura berkata mereka membekukan dua akaun bank berhubung siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mereka berkata siasatan menjurus kepada kemungkinan pengubahan wang haram dijalankan mengikut Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Berat Lain (Perampasan Faedah).

Dalam kenyataan hari ini, polis berkata: “Pada 15 Julai 2015, kami mengeluarkan perintah mengikut Kanun Tatacara Jenayah untuk menghalang sebarang urusan membabitkan wang dalam dua akaun bank yang mempunyai kaitan dengan siasatan ini.”

Mereka tidak mendedahkan butiran tentang bank atau akaun terbabit disebabkan siasatan masih berjalan.

Polis berkata Singapura akan terus memberi bantuan sepenuhnya dan berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa yang berkaitan di Malaysia, “dalam lingkungan undang-undang dan tanggungjawab antarabangsa kami”.

Dalam hubungan ini, mereka berkata: “Pihak Berkuasa Kewangan Singapura turut berhubung rapat dengan institusi kewangan yang berkaitan.”

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.