Kiriman pada: Thu, Jul 9th, 2015

Polis tahan dua suspek IS disyaki rancang serangan di Lembah Klang

Kongsi maklumat ini
Tags

isssKUALA LUMPUR: Polis Cawangan Khas Bukit Aman berjaya menggagalkan cubaan melancarkan serangan keganasan di negara ini dengan tertangkapnya dua suspek warga tempatan.

Mereka dipercayai merancang menyerang bangunan berkepentingan barat termasuk bangunan kedutaan dan pusat perniagaan serta pusat-pusat hiburan di sekitar Lembah Klang.

Menurut sumber polis, kedua-dua suspek yang berusia 28 dan 31 tahun yang ditangkap di sekitar Kuala Lumpur itu pada 2 dan 7 Julai bagaimanapun masih berada pada peringkat awal persiapan untuk melancarkan serangan.

“Tetapi mereka telah membeli kelengkapan taktikal ketenteraan seperti kasut dan pakaian berceloreng

“Kedua-dua suspek juga sering mengadakan pertemuan sejak hujung tahun 2014 dibeberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kenyataannya berkata suspek berusia 28 tahun itu dipercayai telah berhubung dengan anggota kanan militan IS warga Eropah.

“Anggota kanan IS tersebut telah memberikan arahan kepada suspek untuk melancarkan serangan ke atas kepentingan barat di Kuala Lumpur dan juga pusat-pusat hiburan,

“Suspek yang mula terdedah dengan ideologi militan IS sejak 2012 juga mempunyai hubungan dengan Ahmad Affendi Manaf, warga Malaysia yang terbunuh selepas melancarkan serangan bunuh diri di Syria tahun lepas,” katanya lagi.

Manakala suspek kedua berusia 31 tahun pula pernah menyertai kumpulan pengganas di Syria dan kembali ke Malaysia selepas tercedera dalam pertempuran.

Ketika serbuan beberapa barangan seperti buku-buku mengenai jihad dan fahaman salafi jihadi serta resit pembelian barangan pertempuran taktikal.

Mereka disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Tambah Khalid, tangkapan terbaru melibatkan ini cukup membimbangkan kerana mereka terpengaruh dengan ideologi militan hanya walaupun tidak bertemu.

“Ini selari dengan modus operandi sama ada bersimpati, terpengaruh dengan idealogi pengganas atau menerima arahan dari anggota kanan IS untuk melancarkan serangan di negara masing-masing sama seperti apa yang berlaku di Tunisia, Perancis dan Kuwait pada bulan lepas,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.