Kiriman pada: Fri, Jan 15th, 2016

POLIS TAHAN ENAM LELAKI, RAMPAS HASIL SAMUN LEBIH RM50,000

Kongsi maklumat ini
Tags

gfjnNibong Tebal – Enam lelaki masing-masing dua orang dari kumpulan Ravi, Rider dan Loren yang disyaki terlibat dalam kes samun dan pecah rumah di kawasan Seberang Perai Selatan ditahan dalam operasi polis minggu lepas.

Tiga kumpulan itu, yang aktif sejak tahun lepas, disyaki terlibat dalam 24 kes pecah rumah dan 14 kes samun di sekitar daerah itu dan turut menjalankan kegiatan di Seberang Perai Tengah.

“Seorang daripada mereka memang dikehendaki polis berhubung kes pecah rumah dan samun di daerah Seberang Perai Tengah,” kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Wan Hassan Wan Ahmad pada sidang akhbar di sini.

Mereka yang berusia antara 21 dan 48 tahun ditahan di sekitar Simpang Ampat dan Sungai Jawi di sini dalam operasi dari 4 hingga 10 Jan lepas.

Susulan itu, polis menyerbu empat rumah yang dijadikan stor menyimpan pelbagai barang yang dipercayai disamun termasuk 20 telefon bimbit, komputer riba (11), jam tangan (11), kamera digital (tiga), televisyen, slip jual beli barang kemas dan pelbagai peralatan elektrik yang kesemuanya bernilai lebih RM50,000.

Polis turut merampas pelbagai peralatan pecah rumah antaranya pisau, kuku kambing, parang dan topeng muka.

Wan Hassan berkata berdasarkan siasatan, suspek yang bergerak menggunakan motosikal turut menyamun pejalan kaki, penunggang motosikal bersendirian dan orang awam yang menunggu di perhentian bas.

“Kesemua mereka yang positif dadah dan turut mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau berkaitan samun, pecah rumah, curi, dadah dan pernah dikenakan perintah sekatan,” katanya.

Susulan penahanan enam lelaki itu, polis mencari seorang lelaki berusia 30-an dipercayai anggota satu daripada kumpulan berkenaan bagi membantu siasatan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.