Kiriman pada: Sat, Feb 18th, 2017

Polis Tahan Lelaki Kes Bunuh Kim Jong-Nam

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Seorang suspek dipercayai antara empat lelaki yang sedang diburu polis berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam, ditahan di Jalan Kuchai Lama, di sini, malam ini.

Lelaki berusia 47 tahun dan memiliki pasport Korea Utara itu ditahan sekitar jam 11 malam dalam serbuan polis di sebuah kondominium di kawasan berkenaan.

Difahamkan suspek terbabit bersembunyi di kondominium itu selepas menyedari diburu polis.

Lelaki itu ditahan hasil soal siasat ke atas dua suspek wanita yang ditangkap sebelum ini selain maklumat risikan polis.

Dengan penahanan suspek itu, polis kini memburu tiga lagi individu yang dipercayai perancang utama kes pembunuhan Jong-nam.

Sebelum ini polis menahan dua suspek wanita masing-masing warga Vietnam dan Indonesia, selepas dipercayai terbabit dalam pembunuhan Jong-nam, di aras pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Isnin lalu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.