Kiriman pada: Sat, Jan 9th, 2016

Polis Tahan Lelaki Miliki Rokok Seludup Bernilai RM61,780

Kongsi maklumat ini
Tags

rokok-tidak-sahJerantut – Polis berjaya menumpaskan operasi penyeludupan rokok pelbagai jenama bernilai RM61,780 berikutan penahanan seorang lelaki berusia 55 tahun semalam.

Ketua Polis Jerantut Supt Azid Ismail berkata suspek ditahan atas maklumat orang ramai pada 7.30 malam, semasa sedang memandu kereta di simpang masuk Taman Sri Jaya.

Katanya pemeriksaan ke atas kenderaan itu menjumpai 19 karton rokok berisi 200 kotak rokok disorok di tempat duduk belakang, tempat letak kaki dan tempat menyimpan barang.

“Polis kemudiannya dibawa ke sebuah rumah di taman berkenaan yang dipercayai dijadikan stor penyimpanan rokok dan menjumpai 663 karton berisi 6,830 kotak rokok,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut.

Azid menambah rokok pelbagai jenama itu dipercayai untuk diedarkan ke premis perniagaan tertentu sebelum dijual kepada orang ramai.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 135(1)(iii)(aa) akta sama membabitkan hukuman tidak kurang 10 kali ganda nilai barangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.