Kiriman pada: Wed, Feb 17th, 2016

Polis Tembak Lelaki Bersenjatakan Kapak Di Bintulu

Kongsi maklumat ini
Tags

gdhjKuching – Polis terpaksa melepaskan tembakan untuk menahan seorang lelaki bersenjatakan kapak, disyaki anggota sindiket mencuri kenderaan di Bintulu, 600km pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, SAC Dev Kumar M.M.Sree Shunmugam berkata dalam insiden kira-kira 3.20 pagi tadi sepasukan polis daripada JSJ Bintulu diketuai Insp Nixon Malang terserempak dengan tiga lelaki yang sedang mencuri lori satu tan semasa rondaan pencegahan jenayah di satu tapak pembinaan di Samalaju, Bintulu.

Beliau berkata ketiga-tiga lelaki itu cuba melarikan diri dengan lori yang dicuri dan selepas dikejar, polis berjaya memintas dan menyekat lori itu di Km45 Jalan Bintulu-Miri, sebelum ketiga-tiga mereka melarikan diri ke dalam kawasan semak.

Bagaimanapun, Insp Nixon berjaya memegang tubuh seorang suspek yang melarikan diri dan suspek cuba menyerang beliau dengan kapak dalam usahanya untuk melepaskan diri, katanya.

“Dalam mempertahankan diri, Insp Nixon terpaksa menembak kaki kiri lelaki itu dan kemudian suspek berjaya ditahan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.