Kiriman pada: Mon, Aug 17th, 2015

Polis terima 3 aduan berhubung cubaan guling kerajaan

Kongsi maklumat ini
Tags

khaled.transformed_1KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan, pihaknya ada menerima tiga laporan polis berhubung cubaan menggulingkan kerajaan. Katanya, laporan itu dibuat beberapa individu berdasarkan kenyataan yang dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini. “Polis terima tiga laporan dibuat beberapa individu dan kita akan siasat. Namun polis sekali lagi mengingatkan kita tidak akan mencampuri urusan mana-mana parti politik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah-Terima Tugas Pengarah Cawangan Khas dan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman di sini, sebentar tadi.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.