Kiriman pada: Mon, Aug 24th, 2015

Polis Tidak Sertai Sambutan Hari Kebangsaan 2015 Pulau Pinang

Kongsi maklumat ini
Tags

jjkhvKuala Lumpur – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memutuskan untuk tidak menyertai sebarang aktiviti sambutan Hari Kebangsaan 2015 peringkat negeri Pulau Pinang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata keputusan itu dibuat berikutan tema sambutan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri iaitu ‘Bersih, Cekap dan Amanah’ tidak sejajar dengan jiwa serta semangat sambutan Hari Kebangsaan 2015.

“Selagi Pulau Pinang nak guna tema sendiri, polis tidak akan ikut serta (dalam sambutan) Hari Kebangsaan tahun ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun, Khalid berkata pihaknya hanya akan menyertai sambutan tersebut sekiranya kerajaan negeri itu menggunakan tema Hari Kebangsaan 2015 iaitu ‘Sehati Sejiwa’.

Semalam, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memutuskan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Pulau Pinang.

Susulan itu juga, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang telah mengarahkan semua sekolah di negeri itu supaya tidak menyertai sebarang sambutan dan perarakan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri sehingga mendapat arahan selanjutnya daripada Kementerian Pendidikan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.