Kiriman pada: Mon, Jul 13th, 2015

Polis tidak tolak kemungkinan konspirasi guling Najib

Kongsi maklumat ini
Tags

Najib-Razak-MalaysiaKUALA LUMPUR: Pihak polis tidak menolak kemungkinan konspirasi untuk mencemar proses demokrasi Malaysia seterusnya menggulingkan Perdana Menteri melalui perbuatan jenayah membocorkan dokumen sulit kepada orang asing.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perbuatan jenayah tersebut adalah serius dan telah menimbulkan kesan di peringkat nasional.

“Pihak PDRM juga telah menerima laporan mengenai perkara ini. Kami akan menjalankan siasatan penuh dan bebas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Khalid, arahan untuk melaksanakan siasatan menyeluruh tentang kebocoran dokumen sulit itu telah disampaikan oleh Peguam Negara.

Maklumat itu dipercayai dibocorkan daripada siasatan kerajaan Malaysia dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tambah Khalid, siasatan itu akan merangkumi semua ahli Pasukan Petugas Khas, termasuk kakitangan Bank Negara. Ia merupakan usaha untuk menegakkan integriti inkuiri dan keyakinan dalam sistem kewangan Malaysia.

“Sesiapa yang didapati bersalah membocorkan atau mengubah suai dokumen itu akan berdepan tindakan undang-undang,” katanya.

Khalid berkata, matlamat siasatan polis adalah untuk mengenal pasti pihak yang membocorkan maklumat sekali gus menentukan sama ada dokumen-dokumen itu adalah asli atau telah diubah suai seperti kes bekas eksekutif PetroSaudi International (PSI) Xavier Justo.

Pihak polis Thai telah menahan Justo pada 24 Jun lalu atas dakwaan cuba mengugut PSI iaitu syarikat antarabangsa berpangkalan di Arab Saudi.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.