Kiriman pada: Fri, Jan 29th, 2016

Polis Tubuh Pasukan Ala ‘Strike Force’ Bersempena OP Selamat 2016

Kongsi maklumat ini
Tags

* gambar fail

* gambar fail

Sungai Buloh – Polis menubuhkan pasukan ala ‘Strike Force’ trafik bagi membantu polis kontinjen Negeri Sembilan, Melaka dan Johor melakukan pemantauan di kawasan yang kerap berlaku kemalangan dalam Op Selamat 8/2016 bersempena Tahun Baharu Cina.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata penubuhan pasukan itu merupakan projek perintis polis yang akan berpangkalan di Muar, Johor.

“Pasukan ini akan bergerak secara berkala ke lokasi yang mempunyai kadar kemalangan dan isu trafik yang tinggi di kawasan zon selatan ini.

“Penubuhan pasukan ini juga sebagai isyarat polis melaksanakan penguatkuasaan penuh kepada pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan trafik sepanjang tempoh Op Selamat 8 berlangsung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Op Selamat 8/2016 bersempena Tahun Baharu Cina di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Restoran Jejantas Sungai Buloh di sini.

Op Selamat 8/2016 akan berlangsung dari 1 hingga 16 Feb. Tahun Baharu Cina disambut pada 8 dan 9 Feb.

Khalid berkata Op Selamat kali ini menggunakan pendekatan secara penguatkuasaan penuh.

Khalid berkata statistik kemalangan dalam Op Selamat bersempena perayaan Tahun Baharu Cina pada tahun lepas meningkat kepada 17,632 kes berbanding 14,836 kes dalam tempoh yang sama pada 2014.

Kes kemalangan maut juga meningkat kepada 186 sepanjang operasi itu pada 2015 berbanding 153 kes pada tahun sebelumnya, katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.