Kiriman pada: Wed, Jul 30th, 2014

Populariti Bukan Halangan Nur Fathia Pinggirkan Pelajaran

Kongsi maklumat ini
Tags

nur-fathiaKuala Lumpur – Pelakon Nur Fathia mengakui populariti yang diraihnya dalam dunia hiburan tidak pernah menjejaskan fokusnya terhadap pelajaran.

Fathia berkata, dia yang kini masih lagi menuntut dalam jurusan undang-undang sedar hanya pendidikan dan ijazah sahaja mampu menjamin kehidupan masa depan.

“Saya agak lambat menghabiskan pelajaran. Rakan-rakan lain yang biasa akan tamat belajar hanya tiga tahun, tetapi saya empat tahun pengajian. Ini kerana saya tidak ambil banyak subjek dalam satu-satu semester dan ada semester yang saya cuti kerana berlakon,” katanya.

Fathia berkata, biarpun agak sukar dalam membahagikan masa kerja dan belajar dia yakin apa yang dilakukan sekarag berbaloi.

Dia juga sayang kepada kedua-dua bidang ini dan tidak pernah terfikir untuk mengorbankan salah-satunya.

Mengenai pengirim

-

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.