Kiriman pada: Sun, Mar 1st, 2015

Potensi Pembangunan Labuan Beri Kelebihan Ekonomi Untuk Pelabur

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI TENGKU ADNAN TENGKU MANSORLabuan – Potensi pembangunan dalam sektor minyak dan gas dan industri berkaitannya di Labuan, memberi kelebihan dari segi ekonomi untuk wilayah itu menjadi destinasi menarik dan cergas kepada pelabur.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pulau itu, yang dinaik taraf sebagai Wilayah Persekutuan sejak 1984, berkembang maju, yang mendorong kerajaan untuk memacunya kepada kedudukan yang tepat.

“Labuan memiliki kelebihan ekonomi. Ia berpotensi dalam sektor minyak dan gas dan industri berkaitan, dan ini memberi keyakinan kepada kerajaan dalam memastikan sumber dan kelebihannya dieksploitasikan sepenuhnya untuk pelabur,” kata Tengku Adnan yang mewakili Perdana Menteri pada pelancaran Hari Wilayah Persekutuan 2015 pada malam minggu.

Beliau berkata berdasarkan tarikan pelancongan yang sedia ada, usaha dalam mewujudkan ikon bernilai tambah akan terus menjadikan Labuan sebagai destinasi pelancongan yang utama, sekali gus menjana hasil dan limpahan ekonomi untuk penduduknya.

Beliau berkata 2014 mencatat peningkatan ketara kemasukan pelancong, dengan seramai 1.04 juta melawat pulau itu, angka tertinggi yang direkodkan dalam tempoh lima tahun, dan antara mereka 85,000 datang dari 121 negara termasuk United Kingdom, China dan Australia.

Beliau berkata industri berkaitan minyak dan gas yang turut berkembang pesat dengan lebih 120 penggiat antarabangsa dan tempatan beroperasi di situ, akan terus dibangunkan.

Tengku Adnan berkata menyedari objektif (Labuan sebagai hab minyak dan gas), kampus Institut Perindustrian Labuan akan memperkenal program persediaan untuk minyak dan gas sebagai persediaan untuk meneruskan program ijazah yang baharu diperkenal (Ijazah Sarjana Muda dalam Minyak dan Gas) di Kolej Antarabangsa Labuan Universiti Malaysia Sabah (UMSKAL) dengan kerjasama Petronas, yang akan memulakan pengambilan Februari tahun ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.