Kiriman pada: Thu, Jul 23rd, 2015

Prasarana – Kadar Tambang Tren Perlu Dikaji Semula

Kongsi maklumat ini
Tags

LRT AWAN BESARKuala Lumpur – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengkaji semula kadar tambang perkhidmatan tren di bawah kelolaan syarikat itu.

Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Datuk Azmi Abdul Aziz berkata, semakan tersebut wajar dilakukan seiring dengan peningkatan kos penyelenggaraan tren dan kenaikan kadar tarif elektrik.

“Semakan kadar baharu itu selain dapat mengimbangi kos sedia ada, juga membolehkan perkhidmatan tren dipertingkat untuk kemudahan orang ramai,” katanya.

Azmi berkata kali terakhir semakan tambang tren dilakukan adalah pada tahun 2002 dan menyerahkan SPAD untuk membuat penilaian berkenaan kadar harga baharu.

Dalam pada itu Azmi berkata Prasarana menyediakan 7,000 tenaga kerja bagi operasi tren Makkah Metro di Makkah, Arab Saudi yang akan beroperasi buat pertama kali pada musim haji tahun ini.

“Tren Makkah Metro sepanjang 18 kilometer ini mampu menampung 3,600 jemaah haji dalam satu-satu masa,” katanya.

Prasarana menjadi syarikat pengendali Makkah Metro yang diberi mandat oleh Kerajaan Arab Saudi untuk memastikan kelancaran pergerakan jemaah pada musim haji kali ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.