Kiriman pada: Mon, Jan 18th, 2016

Prasarana Perkenal Bombardier Metro 300 Tren Generasi Baru

Kongsi maklumat ini
Tags

20160118_112554 copyPrasarana pemilik aset dan operator rangkaian LRT dan KL Monorel hari ini memperkenalkan tren-tren generasi baru Bombardier Metro 300 yang akan beroperasi di penyambungan Laluan LRT Kelana Jaya ke Putra Heights.

Ianya bersaiz lebih luas bagi meningkatkan kapasiti serta tahap keselesaan yang mantap dan ditambah dengan ciri-ciri tambahan dari aspek keselamatan dan sistem maklumat penumpang eletronik.

Berbeza dengan tren-tren yang digunakan untuk LRT Laluan Kelana Jaya sekarang, setiap gerabak tren dipasang empat unit kamera litar tertutup atau CCTV; sekali gus menyediakan 16 unit kamera CCTV yang boleh membuat rakaman untuk satu tren.

Setiap gerabak juga dipasang dengan kemudahan Sistem Informasi Penumpang atau ‘Passenger Information System (PIS)’, yang boleh menyediakan kemudahan infortainment untuk hiburan dan maklumat kepada para penumpang.

Malahan setiap gerabak turut dilengkapi dengan Peta Laluan Dinamik atau ‘Dynamic Route Map’, yang akan memberi maklumat tentang arah perjalanan, stesen-stesen sebelum dan selepas serta stesen seterusnya.

Bombardier Metro 300 turut dilengkapi dengan Sistem Pelinciran Roda atau ‘Wheel Lubricating System’, yang akan mengurangkan kesan bunyi sepanjang pergerakan tren.

Setiap gerabak juga turut dilengkapi dengan kemudahan ‘intercom’ penumpang untuk komunikasi audio dengan Pusat Kawalan dengan ruang khas untuk kerusi roda untuk golongan kelainan upaya atau OKU.

Majlis pengenalan Bombardier INNOVIA Metro 300 ini telah dihadiri oleh Pengerusi Kumpulan Prasarana Tan Sri Ismail Adam, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Dato’ Azmi Abdul Aziz dan Pengarah Urusan Hartasuma, Datuk Abdul Rahman Abdul Halim.

Bombardier INNOVIA Metro 300 akan mula beroperasi apabila laluan sambungan LRT Kelana Jaya dibuka pada Jun ini.

20160118_113833 copy

20160118_113203 copy

20160118_112815(0) copy

20160118_112554 copy

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.