Kiriman pada: Mon, Jan 18th, 2016

Prasarana tingkat keselamatan semua tren, stesen operasi

Kongsi maklumat ini
Tags

Prasarana1PELABUHAN KLANG: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) tidak akan berkompromi terhadap tahap keselamatan tren dan di semua stesen operasi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz menegaskan pihak Prasarana juga sentiasa bekerjasama rapat dengan polis untuk memastikan apa sahaja langkah yang sepatutunya diambil adalah mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Isu keselamatan amat sensitif. Apa yang penting adalah untuk para pegawai kami bekerjasama rapat dengan pihak polis dan memastikan apa sahaja langkah yang patut diambil.

“Kita akan bekerjasama dengan polis sekali gus membolehkan kami memberi jaminan kepada pengguna bahawa tahap keselamatan sentiasa diberi perhatian tanpa sebarang kompromi,” tegas Azmi pada sidang media Majlis Pengenalan Bombardier INNOVIA Metro 300 di sini hari ini.

Langkah itu juga adalah bagi memastikan keselamatan pengguna sentiasa diberi perhatian selain sentiasa dipertingkatkan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan penahanan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan kumpulan militan Daesh di ibu negara Jumaat lalu.

Lelaki itu ditahan di Stesen LRT Jelatek, Ampang bersama senjata dan dokumen berkaitan Daesh.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.