Kiriman pada: Tue, Jul 14th, 2015

Prasarana Umum Tiga Usaha Sama Bagi Program Hak Penamaan Stesen

Kongsi maklumat ini
Tags

dgdzKuala Lumpur – Prasarana Malaysia Bhd mengumumkan AirAsia, Bank Rakyat dan konglomerat hartanah, Suez Capital, sebagai rakan usaha samanya untuk program Hak Penamaan Stesen.

Menerusi usaha sama itu, Prasarana berkata AirAsia akan menjadi hak penamaan bagi stesen monorel Bukit Bintang dengan kategori eksklusiviti di sepanjang jajaran monorel berkenaan.

Bank Rakyat dan Suez Capital pula akan menjadi rakan hak penamaan masing-masing bagi stesen Bangsar dan Universiti LRT.

Pengarah Harta dan Komersial Kumpulan Prasarana, Rudyanto Azhar, berkata Prasarana menerima kenyataan minat daripada pelbagai sektor perjalanan, peruncitan, hartanah, utiliti, telekomunikasi dan jenama barangan pengguna yang laris dalam pasaran, selepas program itu dibuka lewat tahun lepas.

“Selepas dipertimbangkan, lembaga pengarah memilih stesen monorel berkenaan kepada AirAsia, Bank Rakyat dan Suez Capital,” katanya menerusi satu kenyataan.

Program Hak Penamaan Stesen itu menawarkan kepada perbandanan atau jenama peluang untuk membida hak untuk mentransformasikan stesen bagi mencerminkan identiti dan nama korporat masing-masing.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.