Kiriman pada: Thu, Dec 17th, 2015

Presiden UMNO Dan PAS Selari Soal Perpaduan Ummah

Kongsi maklumat ini
Tags

imagePerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang duduk bersama atas satu pentas dalam Majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar berlangsung di Kuala Lumpur.

Majlis anjuran Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri ini dianggap bersejarah kerana dapat membawa dua pemimpin Melayu dan Islam terbesar di Malaysia pada majlis bertemakan Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi.

Perpaduan dan ilmu menjadi senjata utama kepada umat Islam dalam memerangi fitnah akhir zaman yang sentiasa mahu umat Islam berpecah belah terutama dari segi ideologi.

Datuk Seri Hadi dalam ucaptama beliau berkata Melayu di negara ini tidak akan jadi macam Arab. Mesej beliau begitu kerana orang Melayu mempunyai identiti dan cara sendiri dan cukup hanya ilmu sahaja yang diikuti.

Kadang-kala jika lemahnya perpaduan, maka sesuatu kaum dan bangsa itu akan mudah leka. Hadi juga merujuk kepada apa terjadi di beberapa negara arab serta asia barat yang sentiasa terjadi pelbagai konflik. Beliau berharap agar rantau ini tidak terjadi seperti mana berlaku di sana.

Sementara itu, Perdana Menteri pada awal ucapan perasmian beliau menegaskan bahawa betapa bahaya dan mudaratnya Islam jika terjebak dalam perpecahan dan perbalahan.

image

Merujuk kepada ucapan Tuan Guru Hadi Awang sebelum itu, Datuk Seri Najib menzahirkan harapan untuk melihat UMNO dan PAS berpegang pada prinsip perpaduan dan menghindari perbalahan dan perpecahan.

Pada akhir ucapan, Perdana Menteri berharap agenda perpaduan harus dijadikan teras dalam kesatuan ummah di negara ini.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.