Kiriman pada: Wed, Dec 28th, 2016

‘Princess Leia’ Meninggal Dunia

Kongsi maklumat ini
Tags

Los Angeles – Aktres legenda Hollywood Carrie Fisher, 60, meninggal dunia hari ini selepas beberapa hari diserang penyakit jantung.

Bintang yang cukup dikenali menerusi watak Princess Leia dalam filem trilogi Star Wars itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari London bagi mempromosikan buku dan rebah 15 minit sebelum mendarat di Los Angeles, Jumaat lalu.

Dilahirkan pada Oktober 1956 di Los Angeles, namanya menjadi fenomena di seluruh dunia selepas membintangi filem trilogi Star Wars yang diterbitkan dari 1977 hingga 1983. – AGENSI

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.