Kiriman pada: Tue, Oct 18th, 2016

Profesor Jamban – Perlu Buang Sikap Mudah Percaya

Kongsi maklumat ini
Tags

profjambanLumrahnya mereka yang mempunyai pengiktirafan kelayakan dari institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara menglibatkan pengajian diperingkat sijil, Diploma, Ijazah Pertama, Ijazah Sarjana dan peringkat Doktor Falsafah (Phd) adalah komuniti yang dianggap berintergriti, berakhlak tinggi serta boleh dipercayai dari segi menjana dan mengukuhkan kazanah ilmu.

Bagaimana pun akhir akhir ini komuniti tersebut telah dicemari dengan unsur-unsur negetif sahingga ada yang sanggup melakukan apa sahaja kecurangan akademik demi mengejar pangkat dan kedudukan, segelintir dari mereka kini terlibat dengan jenayah akademi dengan memperoleh kelulusan palsu.

Hakikatnya isu institusi akademi diseuruh dunia menghadapi masaalah sijil ijazah palsu bukanlah satu masalah baharu, oleh kerana mahu jalan mudah mendapatkan ijazah ada yang sanggup membelinya melalui internet, alsannya mudah untuk mendapat pekerjaan yang baik jika ada kelulusan.

Perbuatan segelintir mereka ini adalah tidak adil kepada pemilik kelulusan yang sebenar, ketika pelajar universiti bekorban wang ringgit dan masa tiga hingga 6 tahun untuk mendapatkan diploma dan ijazah, gulungan pemalas, suka menipu dan mencari jalan pintas, cepat, tidak perlu belajar akan memperolehi ijazah atau sijil Phd mereka hanya selepas 7 hari pembayaran serendah 240 ringgit dibuat.

Tawaran ini menjadi lebih menarik apabila mereka bebas memilih apa saja bidang yang dikehendaki atau mana-mana universiti untuk di isi dalam ijazah palsu itu, selalunya orang yang gagal dalam pelajaran yang dahagakan pengiktirafan, mahu dipandang tinggi dan berilmu, berkebolehan dan boleh dijadikan pakar rujuk mencari jalan mudah ini.

Namun apa yang mengejutkan pembelinya turut terdiri daripada kalangan ahli politik dan individu bergelar Tan Sri, bagaimana pun langkah Kementerian Pendidikan Tinggi dalam membendung sindikit sijil palsu dilihat mengancam kelompok profesyionlisma setelah negara dilimpahi oleh ilmuan bertaraf sampah sarap harus di puji.

Kementerian tersebut sedang menjalankan kerja sama dengan pihak universiti awam untuk menyediakan garis panduan berhubung penyalahgunaan sijil kedoktoran atau Phd, garispanduan yang dijangka akan dikeluarkan dalam masa 3 bulan lagi termasuk kemungkinan mentakrifkan perbuatan menyalahgunakan gelaran Phd sebagai satu jenayah.

Langkah ini selari dengan usaha Majlis Profesor Negara yang telah melancarkan buku garis panduan pengunaan gelaran profesor bagi mengangkat kredibeliti profesion dan imej ahli akademi di Malaysia bertujuan menjelaskan penyalahgunaan gelaran profesor pada pangkal nama atau kad nama.

Perkembangan akademi yang tidak sihat ini sedikit sebanyak telah merosakkan persepsi dunia luar terhadap integriti akademik Malaysia, tambahan Malaysia mengambil pelbagai usaha menjadikan negara sebagai hup pengajian tinggi, alasan tekanan dunia meterialistik menjadi pemangkin permintaan kelayakan akedemi palsu perlu di tolak.

Setiap individu perlu memiliki sikap integriti, jujur dan telus serta janganlah mengangap ia sebagai perkara remeh, kita perlu membuang sikap mudah percaya dengan kepetahan bercakap sesaorang tanpa meneliti latar belakang pengajiannya.

Kelemahan majikan di Malaysia yang hanya melihat rekod jenayah pemohon pekerjaan tanpa menitik beratkan kesahihan status pendidikan perlu di perbaiki agar pelanggaran atika akedemik ini dapat dibendung.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.