Kiriman pada: Fri, Feb 19th, 2016

Program Alhamdulillah Kongsi Kisah Cinta Rasulullah

Kongsi maklumat ini
Tags

gsjBERKONSEP bual bicara, Alhamdulillah mendapat respons baik daripada penonton rancangan berkenaan.

Bersiaran setiap hari Selasa, jam 9.30 malam di stesen televisyen TV Alhijrah, program 13 episod ini menampilkan Ustaz Harryanto dan Hajah Zaiton Hassan sebagai hos rancangan.

Menariknya, bagi setiap episod, tetamu berbeza akan di undang untuk memberi pandangan dan berbincang mengenai topik yang diangkat.

Penerbitnya, Iswati Ishak berkata, menerusi program ini mereka mengangkat kisah cinta Rasulullah SAW.

“Kisah cinta yang dikongsi berkisar kasih sayang baginda kepada semua isterinya dan ibrah daripada setiap perkahwinan Ummul Mukminin dengan baginda,” katanya.

Jelasnya, antara yang dibincangkan adalah nama dan peribadi setiap isteri baginda, sebab perkahwinan dan hikmah daripada setiap perkahwinan baginda.

Menurut Iswati, objektif rancangan adalah berkongsi maklumat tentang semua isteri-isteri baginda dan menyelami hikmah dalam perkahwinan baginda Nabi dengan mereka.

“Panel juga mengupas pengajaran dan pembelajaran yang boleh diguna pakai dalam menjalani kehidupan berumah tangga pada zaman ini dengan bersandarkan kepada kisah-kisah perkahwinan baginda SAW bersama Ummul Mukminin,” katanya.

Antara personaliti dan cendikiawan agama yang dijemput adalah Ustaz Don, Ustazah Laila Aniza, Ustaz Halim Din, Ustazah Asni Mansor dan Ustazah Syadiya Abbas.

Sementara topik yang dibicarakan adalah Dari Sisi Cinta Nabi SAW (Ummul Mukminin), Dari Sisi Cinta Nabi SAW (Saidatina Aisyah), Dari Sisi Cinta Nabi SAW (Saidatina Hafsah), Dari Sisi Cinta Nabi SAW (Saidatina Saudah), Dari Sisi Cinta Nabi SAW (Saidatina Zainab), Dari Sisi Cinta Nabi SAW (Saidatina Safiyyah) dan Dari Sisi Cinta Nabi SAW (Saidatina Ummu Habibah).

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.