Kiriman pada: Mon, Feb 22nd, 2016

Program Kimia USM Terima Akreditasi Antarabangsa Dari RSC UK

Kongsi maklumat ini
Tags

gftGeorge Town – Program Ijazah Sarjana Muda Kimia yang ditawarkan Pusat Pengajian Sains Kimia, Universiti Sains Malaysia (USM) mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila diiktiraf oleh Royal Society of Chemistry (RSC), United Kingdom (UK), baru-baru ini.

Dekan Pusat Pengajian Sains Kimia Prof Dr. Afidah Abdul Rahim berkata pengiktirafan berkenaan memberi kesan yang besar dalam mengukuhkan persepsi program akademik dan graduan Sains Kimia USM di peringkat global.

“Ijazah terlibat ialah Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia, Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Kimia Industri dan Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Kimia Analisis yang membolehkan pemegang ijazah mendapat pengiktirafan profesional sebagai seorang Ahli Kimia bertauliah (CChem),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.