Kiriman pada: Wed, Nov 18th, 2015

Program Pasangan Pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 Bertemakan “A Tapestry Of ASEAN”

Kongsi maklumat ini
Tags

gmflManila – Program pasangan pada sidang kemuncak ASEAN ke-27 dengan tema, “A Tapestry of ASEAN,” akan mengabungkan tiga eleman yang berbeza iaitu kebudayaan, makanan tradisi dan peluang perniagaan.

Program pertama ialah Pesta Makanan ASEAN bertemakan “Rice that Binds Us”, yang meraikan serta memperkenalkan makanan tradisi negara ASEAN iaitu beras, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pesta ini akan meliputi demonstrasi masakan oleh cef dari lima jenis makanan yang berasaskan beras.

Program kedua ialah forum suara wanita ASEAN dengan sub-tema “Menerokai Peluang Perniagaan untuk Wanita Luar Bandar di ASEAN”.

Forum ini akan mengetengahkan peri penting industri luar bandar untuk memperkasakan ekonomi wanita di luar bandar.

Persembahan kebudayaan oleh negara-negara anggota ASEAN merupakan program pasangan ketiga yang akan diadakan sempena sidang kemuncak ASEAN kali ini.

Acara kebudayaan negara anggota ASEAN ini akan dipertontonkan secara serentak di lokasi popular, iaitu di Pavilion dan Pasar Seni di Kuala Lumpur.

“Kita mahu melibatkan rakyat Malaysia dan pelancong dalam sidang kemuncak kali ini, bukannya khusus untuk para delegasi semata-mata,” tegas Rosmah.

Persembahan kebudayaan ini diharap dapat meningkatkan persefahaman, solidariti dan perpaduan dalam kalangan negara ASEAN sekali gus memastikan kesinambungan budaya dan warisan ASEAN dapat dikekalkan, lebih-lebih lagi ke arah kita menuju Komuniti ASEAN,” kata beliau.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.