Kiriman pada: Sun, Feb 14th, 2016

Program PATI Secara Dalam Talian Bermula Esok

Kongsi maklumat ini
Tags

patiKuala Lumpur – Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Tanpa Izin (PATI) secara dalam talian akan dilaksanakan bermula esok hingga 31 Dis.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN), program yang bertujuan memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di negara ini diberikan permit kerja yang sah bagi memenuhi sektor pekerjaan yang dibenarkan, akan dipantau ketat.

“Kerajaan mengenakan syarat-syarat yang ketat terhadap PATI dan majikan untuk menyertai program ini serta akan memastikan mana-mana PATI yang tidak layak akan dihantar pulang ke negara asal mengikut prosedur sedia ada bagi memastikan pengurangan lambakan PATI dalam negara,” menurut kementerian itu.

Menurut KDN, program yang dirangka untuk memenuhi permintaan majikan untuk mengisi keperluan pekerja di sektor pekerjaan yang dibenarkan sahaja, adalah bertujuan bagi membolehkan kerajaan mengetahui jumlah PATI dalam negara bagi tujuan pemantauan dan memenuhi keperluan senario keselamatan semasa.

Program ini akan dinilai sepanjang tempoh tiga bulan pertama, dari aspek keberkesanannya termasuk elemen nilai tambah yang wajar dikemas kini demi memastikan kelancaran pelaksanaan program tersebut bagi tempoh seterusnya, menurt kenyataan itu.

Menurut KDN program penggajian dan penempatan semula PATI akan dilakukan dengan berhati-hati dan terkawal supaya tidak berlaku kes-kes penipuan oleh individu yang tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil peluang untuk mengaut keuntungan daripada PATI.

Mana-mana majikan yang didapati menggaji PATI tanpa berdaftar di bawah program tersebut akan dikenakan hukuman berat mengikut perundangan sedia ada melibatkan kesalahan menggaji PATI.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.