Kiriman pada: Thu, Feb 25th, 2016

Program Penggajian Dan Penempatan Elak Lambakan PATI

Kongsi maklumat ini
Tags

PatiSelepas program 6P, kini program pengajian dan penempatan semula PATI pula di laksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri ia telah dilaksakan dalam talian mulai 15 Febuari lalu.

Tujuannya sama ia itu memberi peluang kepada majikan untuk mendaftarkan pekerja mereka supaya PATI boleh mendapat permit kerja yang sah, dalam masa yang sama menangani kebanjiran pendatang asing tanpa izin di negara ini.

Inisiatif kerajaan dalam melaksanakan program ini seharusnya disokong, namun adakah benar majikan kurang berminat menyertai program tersebut.

Menurut Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia ini berlaku kerana majikan berpendapat PATI yang tinggal lama dan faham dengan persekitaran ekonomi dan sosial negara ini menuntut gaji yang tinggi.

Sebenarnya masih terlalu awal untuk menilai keberkesanan program tersebut yang dilaksakan menerusi dalam talian, semua pihak khususnya majikan perlu bersama dengan kerajaan untuk menjayakannya.

Setakat Isnin lalu 8689 permohonan daripada 1144 majikan diterima, kepada majikan yang memerlukan tenaga kerja asing mereka seharusnya mempertimbang untuk berdaftar dalam program ini bagi memberi peluang kepada PATI mengisi kekosongan dalam sektor pekerjaan yang tidak diminati rakyat tempatan.

Jangan ambil sikap sambil lewa atau tunggu dan lihat untuk mendaftar, gunakan peluang ini sebaiknya, jika majikan di kesan mengunakan pekerja asing tidak berdaftar mereka boleh dikenakan denda dan ini akan merugikan mereka.

Jabatan Imigresen giat menjalankan operasi bersepadu bagi mengesan PATI di seluruh negara, tindakan tegas akan di kenakan kepada majikan yang melindungi atau mengaji mereka.

Kita juga sedia maklum dengan situasi lambakan PATI di negara ini, sebahagian besar masalah itu berpunca dari sikap majikan sendiri yang mahukan pekerja asing tetapi tidak mahu bertanggungjawab keatas mereka.

Ada dikalangan majikan menjanjikan gaji lumayan kepada pekerja asing, namun apabila pekerja terbabit tiba di Malaysia janji itu tidak dipenuhi menyebabkan mereka terpaksa mencari pekerjaan lain.

Situasi itu menyebabkan pekerja asing merasa teraniaya, hilang punca dan arah tujuan yang akhirnya mungkin terlibatkan mereka dalam masalah sosial yang menjejaskan keselamatan rakyat negara ini.

Akhirnya kerajaan jugalah yang terpaksa menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh sesetengah majikan yang tidak bertanggungjawab itu.

Melalui program penempatan dan pengajian semula PATI kira-kira 2 juta pekerja asing tidak sah dijangka akan diambil bekerja, mana-mana majikan yang gagal mendaftarkan pekerja terlibat akan diambil tindakan selepas tempoh pendaftaran tamat.

Penguatkuasaan dari polis dan imigresen akan diteruskan seperti biasa mereka akan dihantar pulang selepas menjalani hukuman di depoh tahanan dan juga penjara di Malaysia.

Yang pasti kerajaan mengenakan syarat-syarat yang ketat terhadap PATI dan majikan, ini bagi memastikan PATI yang tidak layak akan dihantar pulang ke negara asal mengikut prosidur sedia ada, sekali gus mengurangkan lambakan PATI.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.