Kiriman pada: Sun, Jan 29th, 2017

Projek Berimpak Besar Membantu Menjana Ekonomi Negara

Kongsi maklumat ini
Tags

Status negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi memerlukan pencapaian infrastrutor dan jaringan komunikasi yang canggih meliputi seluruh negara tanpa batas sempadan geografi.

Penyediaan infrastruktor bertaraf dunia sewajarnya dibangunkan di negara ini sebelum Malaysia melangkah sebagai negara maju pada tahun 2020, menyerdari perkara ini kerajaan telah merangka banyak projek infrastruktor berimpak besar seperti lebuhraya Pan Borneo, Rapid Pengerang di Johor, Bandar Malaysia Tun Razak Exchnge serta projek landasan keretapi Pantai Timur dan keretapi berkelajuan tinggi.

Menurut Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak projek-peojek yang saling berhubungan serta berimpak besar itu bukanlah untuk kemegahan tetapi untuk membantu merangsang ekonomi negara.

Ada benarnya juga kata Perdana Menteri, lihat sahaja sebagai contoh KLIA, pembinaan lapangan terbang KL ialah bukti kejayaan projek infrasturtor berimpak tinggi, yang didakwa oleh sesetengah pihak pada awalnya sebagai projek membazir.

Dakwaan itu ternyata meleset apabila pada hari ini ia menjadi mercu tanda kebanggaan negara dan rakyat Malaysia sebagai salah sebuah lapangan terbang yang terbaik di dunia.

Hakikatnya perlaksanaan projek berimpak tinggi menerusi projek Rel Mega dan pembangunan infrastruktor baru merupakan pakej ransangan baru ekonomi secara tidak lansung, semua projek berkenaan secara tidak lansung membantu mengerakkan ekonomi negara.

Kajian mendapat sesebuah negara yang memiliki sistem jalan yang lebih baik dan cekap dapat meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sebanyak 2%.

Mengambil contoh projek keretapi Pantai Timur (ECRL) apabila siap kelak ia dijangka menyumbang peningkatan pertumbuhan ketiga-tiga negeri di Pantai Timur sebanyak 1.5 pratus, jika dilihat faedahnya kepada rakyat projek ECRL akan memberi limpahan ekonomi berganda kepada kawasan-kawasan disekitarnya.

Kawasan-kawasan yang sebelum ini tiada kemajuan akan dibangunkan, sektor pelancungan meliputi restoran, hotel dan perusahaan kecil dikawasan terbabit akan menjadi rancak, manakala harga tanah-tanah penduduk kampong berdekatan stesen-stesen ECRL akan turut melonjak sekali gus akan menjana pendapatan tinggi pada mereka.

Tidak boleh dinafikan projek tersebut berupaya meningkatkan taraf hidup dan sosio ekonomi rakyat, jestro adalah penting untuk kerajaan memastikan kesemua projek infrastruktur berimpak besar dilaksanakan dengan cekap dan pantas dengan berpegang kepada prinsip bahawa ia berimpak tinggi kepada rakyat.

Kerajaan juga perlu memastikan tiada ketirisan dan melaksanakannya dengan penuh integriti dan bertanggung jawab bagi mengelak ujudnya unsur rasuah, satu lagi perkara penting ialah kerajaan perlu memberi peluang sama rata kepada kontraktor pelbagai kelas agar tiada pihak yang terasa dipinggirkan dan turut sama merasi faedah daripadanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.