Kiriman pada: Mon, Feb 27th, 2017

Projek KVDT Fasa 1 Terus Lancar Seperti Jadual

Kongsi maklumat ini
Tags

Dimaklumkan bahawa Projek Naik Taraf Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) sudah pun mencapai hampir 28% dari jadual dan dijanga siap sepenuhnya pada penghujung 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah, memaklumkan bahawa kesemua projek yang membabitkan kerja-kerja naik taraf 16 stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), sistem isyarat, elektrik dan pemasangan sistem radio metra.

Projek yang melibatkan kos RM1.4 billion ini telah bermula sejak pertengahan tahun lalu yang membabitkan landasan sejauh 42 kilometer di antara jajaran Rawang-Salak Selatan dan Sentul-Simpang Batu.

Walaupun ada berlaku kelewatan ianya adalah kerana beberapa faktor, namun pihak SPAD yakin projek berkenaan akan siap mengikut jadual.

Menurut Azaharuddin memang berlaku gangguan dan proses pembinaan tergendala dan kesemua ini adalah disebabkan faktor cuaca dan masalah teknikal, walaubagaimana pun beliau yakin bahawa syarikat kontraktor terbabit ia ini Dayamaju Infrastructure Asia Sdn Bhd (DMIA) boleh menyiapkannya mengikut jadual.

Beliau juga memaklumkan bahawa pada ketika ini kira-kira 100 ribu penumpang menggunakan perkhidmatan tren setiap hari, pihak SPAD mensasarkan peningkatan sahingga lima peratus setiap tahun apabila projek ini siap kelak.

Projek Naik Taraf Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) akan siap sepenuhnya menjelang tahun 2019 dan sudah pasti akan memberi manfaat kepada ratusan ribu rakyat yang menjadi impian Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam program mentransfomasikan Pengangkutan Awam Negara.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.