Kiriman pada: Wed, Nov 30th, 2016

PRU 14 – Shahrizat Bakal Balas Dendam Di Pandan

Kongsi maklumat ini
Tags

bakalSetelah gagal mempertahankan kerusi Lembah Pantai pada tahun 2008 dengan tewas kepada Nurul Izzah, Shahrizat seperti terikat tangan dan kaki dimana gerakkan beliau sering dipersenda apa tahlagi dengan kes NFC yang melibatkan keluarga beliau.

Kini setelah tenggelam dalam kekalutan isu NFC sejak tahun 2012, Shahrizat dilihat kembali cergas untuk mencabar kerusi parlimen untuk mengembalikan martabat wanita UMNO dan mahu mengembalikan kerusi menteri kabinet kepada Wanita UMNO.

Persoalannya di kerusi parlimen manakah yang akan di tandingi oleh Shahrizat memandangkan kerusi Lembah Pantai agak panas untuk di masuki oleh wakil wanita UMNO setelah di ramapas oleh PKR, malah Raja Nong Chik juga turut gagal mengambilnya dari tangan Nurul.

Kemungkinan besar pemerhati berpendapat bahawa tempat yang agak sesuai untuk di rampas atau diambil kembali adalah kerusi Pandan memandangkan kes NFC telah pun selesai dan Rafizi telah menerima hukuman, maka peluang ini adalah yang terbaik buat Syarizal.

Peluang ini mampu memberi peluang kepada Shahrizat, pertamanya kerana Rafizi dijangka tidak akan bertanding dan keduanya sesuai buat Shahrizat untuk memulihkan imejnya dengan merampas kerusi Pandan yang dimenangi oleh Rafizi yang memfitnahnya dengan isu NFC.

Kes NFC telah pun selesai dan kini peluang Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada wanita UMNO adalah terbuka luas dan kawasan yang perlu di rampas adalah Parlimen Pandan dimana ahli parlimennya dahulu telah menfitnah diri dan keluarganya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.