Kiriman pada: Thu, Sep 15th, 2016

PRU14 – MCA Akan Pastikan Barisan Nasional Kukuh

Kongsi maklumat ini
Tags

wee-ka-siongSetelah berjaya berdepan dengan tomahan-demi tomahan MCA kini telah bangkit dan mengenal pasti kegagalan yang lalu, diantaranya ialah menyatu padukan ahlidalam parti MCA dan bekerja sama dengan kesemua komponan yang ada dalam Barisan Nasional termasuk UMNO, MIC dan Gerakan.

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang juga Timbalan Presiden MCA berpendapat bahawa adalah penting keserasian dalam parti Barisan Nasional diperkukuh dan bagi mana-mana pemimpin mereka perlu saling memerlukan antara satu sama lain, sokongan antara kaum Melayu, Cina dan India adalah penting bagi memastikan Barisan Nasional terus kekal menerajui negara.

Beliau juga berkata gandingan kukuh antara semua parti komponen Barisan Nasional adalah selaras dengan konsesus kesepakatan dan keserasian yang telah lama dipegang dan diamalkan oleh pemimpin dan ahli parti komponen sejak dahulu lagi.

Dengan berpandukan prinsip inilah sahingga sekarang semangat sokongan antara semua kaum komponen Barisan Nasional terus kukuh jika sikap saling membantu ini diamalkan, ia akan terus membawa berkat.

Menurut Wee, MCA kini sedang giat memperluas jaringan dalam pelbagai aspek bagi menarik lebih ramai pengundi baharu untuk menyertai Barisan Nasional melalui parti komponen berkenaan termasuk menggembleng tenaga di peringkat cawangan dan pusat daerah mengundi untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional pada PRU14.

Selain itu MCA kini sedang dalam proses ntuk menubuhkan satu cawangan baharu iaitu cawangan Bemban Hight, Melaka, selaras dengan penerimaan yang baik oleh masyarakat CIna terhadap MCA dan Barisan Nasional terutama gulungan anak muda di kawan tersebut.

“Kami telah mengemukakan permohonan anggota baharu pada ibu pejabat MCA dan ia menunjukkan MCA masih lagi mampu menarik minat dalam kalangan orang muda atau yang baharu, untuk menganggotai parti kami,”.

Semoga segala usaha yang dilakukan oleh MCA kini akan membuahkan hasil pada pilihanraya umum ke 14 nanti, kerana ianya penting bagi meneruskan agenda yang telah dirancang untuk rakyat dan negara.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.