Kiriman pada: Sun, Jan 17th, 2016

PTPTN – Jangan Kita Menyekat Hak Dan Peluang Orang Lain

Kongsi maklumat ini
Tags

ptptnEsok merupakan hari terakhir pada pemimjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tampil berunding mengenai isu perlaksanaan pemotongan gaji mandatori bagi membayar balik pinjaman tersebut.

Pengurusan tetinggi PTPTN sebelum ini memutuskan seramai 25 ribu penjawat awam bakal berdepan tindakan berkenaan jika gagal mematuhi tempoh rundingan yang telah di tetapkan.

Ia termasuk terhadap sebahagian daripada 3193 penjawat awam tegar yang telah di kenakan potongan gaji mandatori bulan lepas.

Mereka boleh di kenakan semula dengan tindakan yang sama sekiranya masih gagal berunding dengan PTPTN, Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, proses rundingan akan membolehkan pemimjam menikmati potongan tidak lebih 5% daripada gaji pokok.

Pemimjam yang terlibat juga boleh membuat penstruktoran semula hutang dengan amaun ansuran berasaskan kemampuan bagi tempoh tidak melebihi umur 60 tahun, tertakluk kepada syarat-syarat yang di tetapkan.

Ia jelas lebih baik berbanding tindakan pemotongan gaji mandatori.

Menurut Datuk Shamsul Anuar, langkah itu sepatutnya antara langkah terakhir apabila pemimjam didapati gagal melakukan pembayaran balik menerusi pelbagai kaedah lain.

Persidangan parlimen pada Mach lepas, dimaklumkan PTPTN mempunyai komitmen sebanyak 54.6 billion ringgit kepada lebih 2.5 juta pelajar.

Bebanan yang di hadapi oleh institusi berkenaan disebabkan lebih 611 ribu pemimjam tidak pernah membuat bayaran walau sesenpun dengan jumlah pinjamam mencecah 5 billion ringgit.

Angka tersebut antara 1.72 juta pemimjam yang perlu membuat bayaran balik pinjaman PTPTN berjumlah 13.3 billion ringgit.

Semenjak diluluskan pada tahun 1996 PTPTN telah memberi peluang terutamanya kepada pelajar daripada gulungan kurang kemampuan melanjutkan pengajian pada peringkat tinggi.

Jumlah pembiayaan yang diterima akan membolehkan pelajar membiayai sepenuhnya atau sebahagian yuran dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian.

Namun peluang sebahagian pelajar menikmati kemudahan ini akan terjejas sekiranya PTPTN terus mengalami kekurangan dana.

Semuanya angkara mereka yang culas membayar semula pimjaman, banyak pemimjam memandang mudah kepada keperluan melansaikan pinjaman masing-masing, tanpa menyedari mereka sebenarnya menzalimi pihak yang tidak berkemampuan yang lebih memerlukan sumber kewangan itu.

Pelbagai langkah yang di lakukan oleh PTPTN bagi memudahkan pemimjam membuat bayaran semula, anatara tawaran terkini PTPTN ialah membenarkan pemimjam membuat bayaran pendahuluan serendah 300 ringgit atau 3 bulan ansuran bulanan yang baharu atau mana yang lebih rendah.

Ia untuk membolehkan penstruktoran semula pembiayaan atau pertukaran hujerah di proses, tawaran terhad sahingga 20 Januari itu lebih baik berbanding polisi asal yang memerlukan pemimjam membuat bayaran pendahuluan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakkan.

Adalah di harapkan pemimjam yang masih belum tampil berunding dengan PTPTN dapat segera melakukannya bagi berbincang kaedah membayar hutang, mengikut kemampuan masing-masing.

Bayaran balik anda pusing semula kepada bakal pemimjam baru, semoga kita tidak termasuk di dalam gulungan yang menyekat peluang dan hak orang lain.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.