Kiriman pada: Mon, Aug 3rd, 2015

‘Puas Hati Dengan Penjelasan MB

Kongsi maklumat ini
Tags

gcjlxghmxfSEREMBAN – Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Datuk Seri King Lim Chin Fui berpuas hati dengan penjelasan diberikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung ucapannya yang mula menjadi tumpuan pelbagai pihak.”

Menurut Chin Fui, penjelasan diterima semalam cukup meyakinkan, malah berjaya merungkai kontroversi menyelubungi Pengerusi Umno Negeri Sembilan itu.””

“Memandangkan banyak sangat versi di luar sana, saya ambil keputusan untuk tanya sendiri pada beliau. Rasanya tidak mustahil, ada pihak telah memutarbelitkan kenyataan dikeluarkan Datuk Seri (Mohamad).

“Sebenarnya dia tidak kata pun, Umno tidak memerlukan parti komponen. Sebaliknya, kata-kata dilontarkan berbentuk cabaran kepada rakan-rakan dalam BN supaya bekerja keras untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Pada masa sama, katanya, Mohamad turut mengaku memang ada mengemukakan cadangan agar BN meletakkan calon Umno di kerusi majoriti pengundi Melayu pada PRU14.

“Tapi saya beritahu pada beliau, kerusi yang MCA tanding di Negeri Sembilan pun bukan ada majoriti pengundi Melayu. Bagaimanapun, itu hak beliau untuk memberikan pandangan dan kita hormatinya.

“Apa yang penting, semua pihak kena bersatu untuk mencapai kemenangan. Kita perlu terima kenyataan yang parti komponen memang diperlukan dalam BN,” katanya.

Justeru, kata Chin Fui, pihaknya memberi jaminan akan terus bekerjasama dengan Umno di negeri ini.

“Cuma saya minta beliau membuat penjelasan rasmi kepada umum bagi menjernihkan keadaan, selain mengelakkan orang ramai terus terkeliru dengan pelbagai perkhabaran tidak benar,” katanya.

Semalam, media melaporkan, Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon membidas kenyataan Mohamad yang dibuat semasa Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Umno Bahagian Seremban, Sabtu lalu.

Katanya, politik bukan sahaja berkisar mengenai kemenangan, sebaliknya juga melibatkan pentadbiran yang efektif bagi mencapai kestabilan dalam negara.

“Menteri Besar sepatutnya menjadi pemimpin untuk semua kaum. Negara ini mempunyai masyarakat berbilang kaum, justeru memerlukan penglibatan semua dalam kerajaan,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.