Kiriman pada: Thu, Mar 26th, 2015

Pulau Bebas Cukai Labuan Sertai Kempen Earth Hour Sabtu Ini

Kongsi maklumat ini
Tags

labuanLabuan – Bandar pulau bebas cukai ini, bangunan kerajaan, premis makanan dan minuman serta bangunan sekolah akan ‘bergelap’ selama sejam pada Sabtu bagi menyertai acara global Earth Hour 2015.

Bermula 8.30 malam hingga 9.30 malam pada Sabtu ini, semua lampu dan peralatan elektrik tidak penting digalakkan ditutup dan pihak berkuasa tempatan turut menggalakkan orang ramai dan premis peniagaan turut berbuat demikian.

Pegawai Perhubungan Awam Kanan Labuan Corporation (LC) Jahmurniwaty Markum berkata langkah menutup lampu dan peralatan elektrik yang tidak penting tidak akan menjejaskan keselamatan awam.

Ketua Polis Daerah Labuan Supt Adzhar Othman berkata pasukan polis peronda akan melakukan rondaan di bandar ini sebagai langkah mencegah jenayah.

Pengurus Besar Hotel Dorsett Grand Labuan Alfred Paulsen berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Labuan dan Jabatan Alam Sekitar untuk menggalakkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan pelajar serta akan turut serta dalam kempen Earth Hour.

Kempen Earth Hour merupakan inisiatif peringkat antarabangsa yang dianjurkan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) dalam usaha menangani masalah pemanasan global.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.