Kiriman pada: Tue, Jul 7th, 2015

Pulau Pinang bukan milik Kedah lagi

Kongsi maklumat ini
Tags

Khoo Kay Khim 01KUALA LUMPUR: Kedah boleh mula melupakan selain membatalkan sebarang hasrat untuk memiliki Pulau Pinang selepas penyerahan Sultan Kedah Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light melalui satu perjanjian penyewaan pada 1786.

Sejarahwan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata, sebarang isu berkenaan penyerahan semula Pulau Pinang kepada Kedah juga telah terlalu lewat untuk dibincangkan mana-mana pihak.

“Ia sudah tertulis dari dahulu, perjanjian itu sudah termaktub dan kedegilan Francis Light untuk keluar dari Pulau Pinang juga sudah tertulis dalam sejarah.

“Sultan Kedah pada masa itu tidak dapat menghalangnya malah gagal menghalau Francis Light pada masa itu.

“Sekarang sudah terlalu lewat, takdirnya Pulau Pinang bukan milik Kedah lagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kay Kim mengulas kenyataan aktivis warisan, Salleh Yahya yang dilaporkan berkata, tumpuan pembangunan warisan di Pulau Pinang harus diberikan di tapak penempatan penduduk asal, kolonial dan imigran sebagai usaha mengekalkan warisan di negeri itu.

“Pulau Pinang telah pun dibuka dan diduduki di segenap bahagian pulau sebelum ketibaan Kapten Francis Light yang kemudian diisytiharkan sebagai pembuka Pulau Pinang. Light sebenarnya tidak berhak isytiharkan pembukaannya kerana Pulau Pinang milik Kesultanan Kedah,” jelas Salleh ketika dipetik.

Dalam pada itu jelas Kay Kim, Kedah juga sudah tidak boleh menggunakan alasan sejarah lama untuk menuntut kembali Pulau Pinang.

“Sukar untuk dibuka kembali sejarah lama untuk dijadikan situasi Kedah mendapat semula Pulau Pinang.

“Faktor sejarah tidak boleh dipakai dan diberi faktor pergantungan dalam situasi ini, segalanya sudah terlambat,” ujarnya.

Penyerahan Pulau Pinang oleh Sultan Abdullah Mukarram Shah yang memerintah Kedah pada ketika itu, kepada wakil dari Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI), Francis Light melalui satu perjanjian penyewaan.

Francis Light kemudian menamakan semula Pulau Pinang sebagai Prince of Wales, pangkalan British yang pertama pernah ditubuhkan di Tanah Melayu.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.