Kiriman pada: Mon, Dec 21st, 2015

Punca Perpecahan Pas-Umno Kecil Saja

Kongsi maklumat ini
Tags

jgdKUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Seri Sanusi Junid mendedahkan punca sebenar perpecahan antara Pas dan Umno pada tahun 1970an disebabkan salah faham yang kecil.

Beliau berkata, masalah yang berlaku ketika zaman pemerintahan Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn yang ‘dicucuk’ pihak tidak bertanggungjawab sehingga Kelantan isytihar darurat.

Menurutnya, beliau antara individu yang bertanggungjawab mengisytiharkan darurat ke atas Kelantan kerana ketika itu memangku jawatan Menteri Dalam Negeri.

“Bila isytihar Kelantan darurat walhal belum ada berbunuhan sesama sendiri tapi baru ada cerita kita dah isytihar maka marahlah orang Kelantan maka akhirnya keluarlah Pas daripada BN sebab jauh hati.

“Kerana ada orang yang pergi pengaruhi Tun Hussein Onn nyatakan akan jadi huru-hara sehingga berbunuhan.

“Ini bermaknalah perpecahan Umno dan Pas sikit saja sebabnya kerana Pas tak tahu Tun Hussein tak mahu ada pertumpahan darah dan Tun Hussein tak tahu ada muslihat orang tak mahu Pas ada dalam BN,” katanya ketika berucap dalam perasmian Persidangan Agung Perkasa kali ke-6, hari ini.

Katanya, disebabkan tidak ada komunikasi yang baik ketika itu maka dengan sendirinya berkelahilah Pas dan Umno.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.