Kiriman pada: Fri, Feb 12th, 2016

Purata 10,000 Kes Jenayah Siber Dilapor Setiap Tahun

Kongsi maklumat ini
Tags

cyberr5.jpg.transformedKuala Lumpur – Kadar jenayah siber sedang meningkat di negara ini dengan purata 10,000 kes dilaporkan setiap tahun, menurut Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM), Dr Amirudin Abdul Wahab.

Katanya ia melibatkan pelbagai jenis jenayah siber dengan yang tertinggi dilapor membabitkan penipuan dalam talian dari aspek sistem teknikal dan selebihnya melibatkan kes pencerobohan sistem maklumat sesebuah organisasi.

“Terdapat trend di peringkat antarabangsa menunjukkan jenayah siber ini boleh mengatasi jumlah jenayah tradisional dari segi jumlah kerugian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mewakili CSM menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkaitan kerjasama dalam bidang Integrasi Pembuktian Siber. UTM diwakili Naib Canselornya Prof Datuk Dr Wahid Omar.

Amirudin berkata sebanyak 420 kes jenayah siber berjaya diselesaikan tahun lepas dengan menggunakan khidmat pakar forensik digital CSM.

Katanya dalam menyelesaikan sesuatu kes, CSM berperanan mengumpul kesemua data penting bagi setiap kes yang disiasat.

Mengenai permeteraian perjanjian dengan UTM hari ini, Amirudin berkata CSM akan bekerjasama dengan Sekolah Informasi Termaju UTM (UTM AIS) yang memiliki kepakaran termasuk dalam bidang penyelidikan dan pembangunan teknologi siber serta forensik digital.

Sementara itu, Wahid berkata kerjasama dengan CSM juga bagi membangunkan teknologi analisis data raya dan kepakaran untuk infrastruktur siber sedia ada.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.