Kiriman pada: Thu, Nov 26th, 2015

Pusat pemindahan di Raub, Lipis ditutup

Kongsi maklumat ini
Tags

NEWSKUANTAN: Semua lima pusat pemindahan banjir, masing-masing empat di Raub dan satu di Lipis sudah ditutup. Pusat pemindahan terakhir yang ditutup ialah Balai Raya Kampung Tersang yang menempatkan 19 orang daripada tiga keluarga pada jam 1 petang tadi. Sebelum itu, Pusat pemindahan Dewan Datuk Adnan FELDA Tersang 1 ditutup pada jam 2 petang semalam manakala Pusat Pemindahan GPW FELDA Tersang 2 ditutup pada jam 8 pagi semalam. Pusat pemindahan Masjid Jamek Kampung Kuala Semantan pula ditutup pada jam 9 pagi tadi. Pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit, Lipis pula ditutup jam 8 pagi tadi.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.