Kiriman pada: Sat, Aug 22nd, 2015

Qatar Tak Akan Melabur Dalam 1MDB Jika Tiada Keuntungan

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKPasir Mas – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Qatar tidak akan berani melabur dalam aset-aset milik 1Malaysia Development Bhd (1MDB) jika syarikat berkenaan (1MDB) tidak mampu menjana keuntungan jangka panjang yang tinggi.

Beliau berkata ia membuktikan aset yang dimiliki 1MDB mempunyai nilai yang tinggi dan sekali gus menafikan syarikat tersebut tidak mempunyai potensi untuk diselamatkan.

“Baru-baru ini saya jumpa Emir of Qatar dan beliau kata berminat untuk melabur dalam aset-aset milik 1MDB. Ini kerajaan Islam sendiri yang berminat.

“Kalau orang kata aset (1MDB) tak ada nilai, orang pun tak nak melabur. Mereka (Qatar) melihat aset ini boleh menjana keuntungan jangka panjang yang besar,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan perasmian persidangan perwakilan UMNO bahagian Rantau Panjang di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Lubok Jong.

Kira-kira 20,000 masyarakat tempatan dan perwakilan UMNO bahagian itu menghadiri majlis itu.

Pada 31 Julai lepas, Datuk Seri Najib menghadap Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al-Thani di ibu negara bagi membincangkan usaha untuk mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Qatar.

Emir Qatar berada di ibu negara ketika itu untuk menghadiri Persidangan ke-128 Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Pada perjumpaan itu juga, Datuk Seri Najib dipetik sebagai berkata Emir Qatar itu turut menyatakan Qatar Investment Authority berminat untuk melihat aset 1MDB dan membeli tanah di projek Bandar Malaysia.

Datuk Seri Najib turut mengulangi kenyataan beliau sebelum ini bahawa segala perkara berkaitan 1MDB terutama hutang yang ditanggung oleh syarikat itu akan mampu dikurangkan pada hujung tahun ini menerusi program yang dirangka dalam tempoh enam bulan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.