Kiriman pada: Tue, Jul 14th, 2015

Qi Razali,Nelydia Senrose Buat Persiapan Pertunangan

Kongsi maklumat ini
Tags

1gataibenoKuala Lumpur – Pelakon dan pengacara Qi Razali sudah mengatakan kesediaannya untuk menjadikan kekasih hatinya, Nelydia Senrose sebagai isteri, namun perkembangannya masih samar-samar.

Memetik laporan Sinar harian, Nelydia sendiri pernah memberitahu segala perbincangan hanya dilakukan selepas ibunya pula dari menunaikan umrah.

Tidak mengelakkan diri daripada tanda tanya tersebut, Qi berkata, mereka sebenarnya sudah pun membuat persiapan namun bukanlah secara keseluruhan.

“Adalah buat sikit-sikit tu. Segalanya masih dalam proses. Insya-ALLAH, jika berkesempatan kami juga akan tengok-tengok cincin nanti,” katanya perbincangan bersama kedua keluarga telah dibuat tetapi tarikh masih belum ditetapkan.

Tambah pelakon Suamiku Jatuh Dari Langit ini juga, dia tidak mahu terlalu terbuka mengenai cerita tersebut kerana masih dalam perancangan.

“Apa pun kita raya dahulu, selepas itu tengoklah macam mana. Saya tiada niat nak sorok atau buat senyap-senyap, apabila sudah tiba masanya saya akan kongsi dengan semua,” jelas pelakon berusia 37 tahun ini.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.