Kiriman pada: Mon, Mar 16th, 2015

Rafale International Sahkan Komitmen Terhadap Malaysia

Kongsi maklumat ini
Tags

rafale_logo (1)Langkawi – Rafale International mengulangi semula komitmennya terhadap Malaysia, yang menjangkaui teknologi pertahanan, menerusi penyertaan syarikat itu pada Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA’15).

Menurut Rafale , dua pesawat tempurnya, satu dan dua tempat duduk, yang sudah membuktikan kejayaannya, kini bersiap-sedia di landasan LIMA, bersedia terbang di ruang udara sepanjang pameran lima hari itu.

Ini merupakan penampilan ketiga Rafale di Langkawi selepas pembabitan kali pertama pada LIMA 2011.

“Pesawat canggih Rafale milik Tentera Udara Perancis ini diterbangkan khas untuk mempamerkan keupayaan sebenar pesawat pejuang pelbagai peranan ini.

Selain pesawat ini, Rafale International berkata pelbagai teknologi inovatif terkini turut dipamerkan di ruang pameran B640 Dewan B LIMA’15.

Menurut syarikat itu pameran seperti LIMA’15 menyediakan platform yang baik untuk menemui pakar dalam bidang yang sama, termasuk dari institusi pengajian tinggi, makmal teknologi dan penyelidikan dan industri berkaitan.

Pesawat Rafale dihasilkan secara usaha sama oleh peneraju penerbangan – Dassault Aviation, Snecma (Safran Group) dan Thales.

Ketiga-tiga syarikat itu aktif bekerjasama dengan rakan kongsi Malaysia, termasuk penggiat industri, organisasi dan institusi tempatan yang kini merupakan sebahagian daripada Rangkaian Kecemerlangan Rafale.

Pengunjung boleh melihat dan mengetahui lebih lanjut mengenai Rafale pada LIMA ’15, yang kini dibuka kepada pelawat perdagangan bermula esok hingga 19 Mac dan orang ramai pada 20 dan 21 Mac.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.