Kiriman pada: Tue, Jan 26th, 2016

Rafizi didenda selepas didapati bersalah sebar fitnah

Kongsi maklumat ini
Tags

RAFIZI RAMLI / PC KEADILANKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya kerana mengeluarkan kenyataan mengaibkan.

Perkara itu telah disahkan beliau menerusi laman Twitternya sebentar tadi yang turut memaklumkan bahawa beliau telah didenda sebanyak RM1,800.

Jumlah itu hanya kurang RM200 daripada jumlah denda yang boleh menyebabkan Rafizi hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen.

Selain itu, menurut Berita Harian, mahkamah turut memerintahkan beliau menjalani tambahan hukuman penjara 10 bulan, sekiranya gagal membayar denda.

Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR didakwa dengan sengaja mengeluarkan kenyataan mengaibkan terhadap ahli UMNO melalui artikel yang diterbitkan oleh The Edge Financial Daily pada 2014 bertajuk ‘Will Rafizi quit if Selangor is not toppled?’.

Hakim Azwarnida Affandi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Mohd Rafizi, 38, yang didakwa mengikut Akta 504 Kanun Keseksaan.

Rafizi dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat The Edge Malaysia Communications Sdn Bhd, Menara KLK, Jalan PJU 7/6, Mutiara Damansara, jam 11.40 pagi, pada 4 Februari 2014.
Tuduhan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan itu, jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.