Kiriman pada: Tue, Jan 19th, 2016

Rafizi Ramli : Kesilapan Tidak Bertanggungjawab Yang Berulang-Kali

Kongsi maklumat ini
Tags

kgfkPihak 1MDB merujuk kepada kenyataan terkini yang dibuat oleh YB Rafizi Ramli. Beliau mengatakan pada hari ini, berikutan tiadanya respon dari pihak 1MDB terhadap kenyataan yang dibuatnya pada 14 Januari 2016 maka, tuduhan tanpa bukti beliau itu adalah benar. Hal ini sememangnya tersasar jauh dari kebenarnya. Realitinya, 1MDB tidak dapat memberi sebarang respon untuk setiap kenyataan yang tidak benar terutamanya dari individu yang mempunyai pelbagai rekod ‘buruk’ seperti YB Rafizi, yang sering mengulangi kesilapan dalam kenyataannya walaupun ianya sudah terang lagi bersuluh kepada rakyat.

Pihak 1MDB akan memberi penjelasan berkenaan isu-isu yang berikut:

Sukuk Bandar Malaysia

– Sukuk Bandar Malaysia terdiri daripada 4 bahagian yang berlainan, dikeluarkan pada bulan Februari dan November tahun 2014 dengan jumlah nilai utama yang diperoleh sewaktu ia dikeluarkan menjadi RM 1.5 bilion. Ini adalah jumlah tunai yang diterima oleh 1MDB daripada pelabur sukuk.

– Sukuk distrukturkan sebagai “near zero coupon”, iaitu kadar keuntungan tunai sukuk (kupon) hanya sebanyak 0.35% setahun. Baki kadar keuntungan tidak dibayar dalam bentuk tunai tetapi ditambah ke dalam amaun utama yang tertunggak setiap tahun.

– Ini menyebabkan jumlah amaun utama yang akhir pada tempoh matang antara tahun 2021-2024, adalah sebanyak RM 2.4 bilion dengan kadar keuntungan berkesan di antara 5.85% – 6.05%.

– Hasil sukuk telah digunakan selaras dengan syarat-syarat Perjanjian Program Sukuk, yang membolehkan ianya digunakan untuk pelbagai kegunaan: membiayai kos projek Penempatan Semula Pengkalan Udara Kuala Lumpur (PULK), pra-pembiayaan yuran serta perbelanjaan program Sukuk, membiayai akaun rizab dan keperluan modal kerja 1MDB Real Estate Sdn. Bhd. (kini dikenali sebagai TRX City Sdn. Bhd.).

– Oleh yang demikian, adalah jelas bahawa hasil Sukuk boleh digunakan untuk tujuan selain daripada projek Penempatan Semula Pengkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL).

– Berkenaan penjualan saham sebanyak 60% kepada IWH-CREC Consortium, beberapa kenyataan media dari 1MDB telah menjelaskan bahawa pertukaran milikan saham adalah tertakluk kepada persetujuan tertentu yang diperolehi, dengan salah satu pra-syaratnya ialah persetujuan pemegang-pemegang saham Sukuk. Sehinggalah semua CP mengadakan pertemuan dan persetujuan dicapai, saham Bandar Malaysia Sdn. Bhd. tidak akan dipindah-milik dan tiada sebarang pelanggaran terhadap isi dokumen Sukuk berkenaan.

– Rumusan Sukuk Bandar Malaysia : berdasarkan penjelasan seperti di atas, dapat dijelaskan bahawa:
A) Jumlah tunai yang diperolehi daripada Sukuk hanya Rm 1.5 bilion, bukannya RM 2.4 bilion seperti yang didakwa YB Rafizi.
B) Penggunaan hasil Sukuk adalah mengikut terma dan syarat Perjanjian Program Sukuk, dan
C) 1MDB tidak melanggar sebarang syarat atau terma Perjanjian Program Sukuk sewaktu melaksanakan Perjanjian Jualan Saham dengan IWH-CREC Consortium.

Projek Penempatan Semula PUKL

– Pada Jun tahun 2011, Persetujuan Pembangunan dan Persetujuan Penempatan Semula telah ditandatangani antara Kerajaan Malaysia (GoM) dan 1MDB dengan jumlah projek bernilai RM 2.7 bilion, yang terdiri daripada pengambil-alihan tanah baru, pembinaan bangunan baru, perolehan peralatan dan penempatan semula staff dan fasiliti, untuk 6 juta kaki persegi pembangunan baru – 3 kali ganda daripada keluasan fasiliti PUKL yang sedia ada.

– Sebagai balasan 1MDB menggunakan keseluruhan RM 2.7 bilion untuk pembangunan dan pembinaan 8 pengkalan baru bagi kerajaan Malaysia, pihak kerajaan persekutuan telah bersetuju di bawah Perjanjian Penempatan Semula untuk membayar balik 1MDB melalui bayaran balik tunai bersama pemindahan tanah.

– Pihak kerajaan telah menyerahkan plot tanah tertentu kepada 1MDB yang terdiri daripada Bandar Malaysia yang bernilai RM 1.6 bilion, sepertimana yang ditunjukkan dalam laporan audit kewangan 1MDB. YB Tony Pua yang merupakan Twiddledum kepada Twiddledee YB Rafizi mengenai perk
ara-perkara berkaitan 1MDB, telah berulang kali mengesahkan fakta ini kepada umum.

– Kerajaan Malaysia bersetuju untuk membayar balik, dalam bentuk wang tunai, baki RM 1.1 bilion kos pembinaan, atas kos sebenar yang ditanggung dan tertakluk kepada pengesahan dokumen daripada 1MDB. Fakta ini telah dikeluarkan kepada umum sejak 2012, seperti yang ditegaskan oleh Timbalan Menteri Kewangan (Datuk Dr. Awang Adek) sesi penggulungan debat bajet 2012; “1MDB akan menanggung kos RM1.6 bilion daripada jumlah kos pemindahan kem-kem Tentera Udara DiRaja Malaysia, Rejimen Askar Melayu DiRaja dan Pangkalan Gerakan Udara Polis DiRaja Malaysia. Manakala pihak kerajaan pula akan menanggung RM1.1 bilion daripada keseluruhan Kos tersebut. ”

– Sebarang lebihan kos atau penalti akan dimasukkan ke dalam akaun 1MDB sepenuhnya, dengan kos kepada Kerajaan Malaysia sentiasa kekal pada nilai RM 2.7 bilion. Segalanya tertakluk kepada 1MDB untuk menguruskan keperluan Penempatan Semula PUKL.

– 1MDB memberi kontrak kepada PPHM ( dimiliki 100% oleh LTAT) sebagai kontraktor Turn Key untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan tertentu. PPHM dan lebih 50 sub-kontraktor Bumiputera akan kekal sebagai satu-satunya kontraktor Key Turn / sub-kontraktor tanpa mengira pemilikan ekuiti akhir Bandar Malaysia. Oleh itu, tidak ada isu keselamatan negara melalui penjualan ekuiti 1MDB dalam projek Bandar Malaysia

– Rumusan Penempatan Semula PUKL : Adalah jelas dari atas bahawa
A) Kos penempatan semula PUKL kepada Kerajaan Malaysia masih RM 2.7 bilion.
B) Ia sudahpun menjadi pengetahuan umum sejak tahun 2012, yang pembayaran semula kepada 1MDB berupa tanah (RM 1.6 bilion) dan bayaran balik tunai (RM 1.1 bilion), dan
C) tidak ada soal keselamatan negara yang akan timbul kerana kontraktor Turn Key dan sub-kontraktor tetap sama.

Dari penjelasan yang terperinci di atas, ternyata segala dakwaan YB Rafizi mengenai skandal berkaitan Bandar Malaysia adalah tidak benar. Bagaimana seorang individu yabg dilantik umum dan dikatakan pakar dalam bidang kewangan, boleh secara sewenang-wenangnya melakukan tuduhan sedemikian malah tanpa sebarang bukti kukuh. 1MDB, sebuah syarikat yang dimiliki 100% oleh Kerajaan dan juga rakyat Malaysia, tetap sabar dan memberi tumpuan dalam pelaksanaan pelan rasionalisasi, yang telah terbukti menjadi satu kejayaan – tidak seperti parti pembangkang yang masih belum memberi apa-apa sumbangan kepada negara.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.