Kiriman pada: Mon, Aug 24th, 2015

Rakan Dialog Asean Pamer Komitmen Berterusan

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI MUSTAPA MOHAMEDKuala Lumpur – Rakan-rakan dialog ASEAN terus mempamerkan komitmen berterusan mereka semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN Ke-47 (AEM) dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan dengan semua pihak menyasar meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan dengan perkumpulan itu.

Hari ini, akan menyaksikan beberapa mesyuarat dua hala, forum dan sesi pleno yang bertujuan untuk menjalin hubungan ekonomi lebih erat.

Antara yang menjadi tumpuan utama ialah Forum Pelaburan Asia Timur pertama yang dianjurkan oleh Majlis Perniagaan Asia Timur (EABC) dan Majlis China.

Ketua-ketua perniagaan dari Asean, China, Jepun dan Korea dijangka menghadiri forum itu yang bertujuan untuk memaklumkan perkembangan terkini industri mengenai pelbagai peluang perniagaan di rantau ini.

Menteri-Menteri Ekonomi Mekong-Jepun Ke-7 juga akan bertemu hari ini diikuti Mesyuarat Menteri-Menteri Negara Menyertai Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) Ke-3 sebelum diakhiri dengan Majlis Makan Malam Gala yang akan mempamerkan warisan pelbagai budaya Malaysia.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.