Kiriman pada: Thu, Jan 19th, 2017

Rakyat Di Pelawa Sampaikan Pandangan Berkaitan TN50

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak orang ramai memberikan pandangan dan pendapat mereka terhadap gagasan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Perdana Menteri berkata orang ramai boleh mengemukakan pandangan dan pendapat mereka ke e-mel najib@najibrazak.com selewat-lewatnya pada 2 petang esok (Khamis) sebelum perbincangan mengenai TN50 dijalankan.

“Apakah aspirasi anda untuk Malaysia di 2050?

“Saya akan membincangkan topik ini bersama golongan muda Malaysia dalam sesi Dialog Perdana TN50 esok (hari ini), dan saya juga ingin mendengar daripada anda semua,” kata Najib dalam catatannya di laman rasmi Facebook beliau hari ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.