Kiriman pada: Sat, Feb 6th, 2016

Rakyat Didahulukan Dalam TPPA

Kongsi maklumat ini
Tags

NEWSKuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi bahawa kerajaan sentiasa mendahulukan rakyat dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Beliau berkata hakikatnya, ini dapat dilihat daripada usaha kerajaan mengadakan rundingan supaya agenda Bumiputra dimasukkan dalam TPPA, dan ia berjaya berbuat demikian.

“Ia sekarang bukan sahaja diiktiraf di peringkat nasional – ia diiktiraf di peringkat antarabangsa dan dilindungi. Ini menunjukkan bahawa Malaysia telah memperjuangkan dan memperoleh manfaat besar buat rakyat.

“Kita komited untuk melindungi kepentingan dan hak kedaulatan rakyat kita, dan membantu mereka untuk menjadi lebih kuat dalam apa yang disifatkan sebagai ekonomi global saling berkaitan,” katanya dalam blog beliau NajibRazak.com.

Perdana Menteri berkata kerajaan telah mengambil pendekatan yang telus dan demokratik berhubung semua perkara yang berkaitan TPPA.

Datuk Seri Najib yang juga Menteri Kewangan berkata perundingan demi perundingan diadakan dengan rakyat, pemegang utama kepentingan ekonomi, penggubal dasar dan pakar-pakar daripada pelbagai bidang menerusi fasa rundingan dan sebelum menandatangani TPPA.

“Kita telah berunding dan menandatangani banyak perjanjian perdagangan serantau dan dua hala demi kepentingan ekonomi Malaysia dan rakyat.

“Perjanjian-perjanjian ini memainkan peranan penting ke arah mewujudkan persekitaran yang lebih kompetitif, membolehkan penyediaan perkhidmatan yang lebih besar, yang memberi manfaat kepada warganegara sebagai individu selain perniagaan – baik yang besar mahu pun yang kecil. TPPA tidak terkecuali,” kata beliau.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.