Kiriman pada: Wed, Aug 19th, 2015

Rakyat Malaysia Dinasihat Berhubung Dengan Kedutaan

Kongsi maklumat ini
Tags

jkyyKepala Batas – Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Bangkok, Thailand dinasihatkan supaya berhubung dengan pihak kedutaan terlebih dahulu, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau juga mengingatkan rakyat Malaysia supaya mengikuti secara lebih terperinci larangan-larangan yang dikuatkuasakan pihak berkuasa tempatan di Thailand.

“Ini adalah perkara yang kita tidak jangka. Semalam pun berlaku satu lagi letupan, walaupun tidak membabitkan kehilangan jiwa tapi kita tidak mahu ia berlaku lagi kerana ia akan memberi kesan yang amat mendalam.

“Mana-mana individu yang ada perancangan ke sana saya minta supaya dapat berhubung dengan pihak kedutaan. Pihak kedutaan pun telah menyediakan talian khas,” katanya selepas melawat anggota keluarga Lee Tze Siang, mangsa yang terbunuh dalam kejadian letupan bom di pusat bandar Bangkok, Thailand, di kediaman bapanya di Kampung Selamat, hari ini.

Dalam kejadian itu, empat rakyat Malaysia terkorban dan tiga cedera dalam letupan pukul 7 malam Isnin.

Reezal Merican berkata kerajaan akan menyediakan segala kemudahan bagi membantu anggota keluarga mangsa yang terlibat terutamanya usaha membawa pulang kesemua mayat ke tanah air.

Katanya keempat-empat mayat rakyat Malaysia akan dibawa pulang ke tanah air hari ini dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas pada pukul 10.20 malam.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.