Kiriman pada: Fri, Jan 15th, 2016

Rakyat Malaysia dipenjara 7 tahun, 12 sebatan kerana rompakan berkumpulan

Kongsi maklumat ini
Tags

o-BLACK-PERSON-PRISON-facebookSINGAPURA: Seorang rakyat Malaysia dijatuhi hukuman tujuh tahun penjara dan 12 sebatan kerana terlibat dalam rompakan berkumpulan pada 2014, lapor Channel NewsAsia pada Khamis.

Ravi Sandhira Sagaran, 28, merupakan anggota pertama kumpulan yang mengaku terlibat dalam rompakan tersebut.

Laporan itu menyebut, tujuh lagi tertuduh termasuk enam rakyat Malaysia dan seorang penduduk tetap Singapura berumur antara 29 dan 43 tahun.

Kumpulan lapan perompak itu dikatakan telah merancang dengan teliti jenayah mereka lebih dua bulan.

Mereka bertindak merompak seorang pengurus perniagaan pengurupan wang berusia 35 tahun yang memiliki sejumlah besar wang tunai, kata laporan itu.
Selepas empat cubaan dibatalkan pada Oktober 2014, perompak berkenaan berjaya melarikan wang tunai berjumlah S$624,036.41 (kira-kira RM1.903 juta).

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.