Kiriman pada: Tue, Mar 10th, 2015

Rakyat Sudah Tidak Minat Dengan Hiburan Jalanan Pembangkang.

Kongsi maklumat ini
Tags

demo sogo kita lawanBenarlah pendapat dari perhatian rakyat bahawa himpunan yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat sekian hari semakin merosot. Jika di zaman era Anwar baru di pecat dari kerajaan dan UMNO, Himpunan yang menggunakan nama rakyat amat mendapat sambutan mungkin atas faktor orang bersimpati kepada Anwar ketika itu.

Kemudiannya setelah Anwar di dapati bersalah oleh makamah didalam kes liwat pertama dan kes salah guna kuasa, Sambutan terhadap himpunan yang ketika itu mengunakan laungan reformasi pelan hari pelan menurun. Mungkin mereka ini sedar akan kepincangan sebenar yang berlaku. Maka akhirnya laungan reformasi mula tidak lagi kedengaran jika ada pun sekadar suara suara halus yang kadang kala terus lenyap.

Menyedari akan kurangnya sambutan terhadap perhimpunan rakyat yang mereka anjurkan maka, satu memotum baru perlu di ujudkan bagi meneruskan agenda pembangkang agar terus dapat bersama rakyat untuk mengugat kestabilan dan keamanan agar kerajaan hari ini dapat di gongcang saperti mana berlakunya di Thailand dan beberapa buah negara yang mengalami pergolakan politik membabitkan warga umum.

Maka ujudnya perhimpunan BERSIH yang di anjurkan oleh kumpulan haram yang mengelar kumpulan mereka kumpulan BERSIH, dengan menghidupkan kembali laungan Reformasi.

Mengikut sumber kajian “Crowd Estimates From Rallies In Malaysia, 2007 – 2015′ oleh sebuah kumpulan bebas, mendapati pada awalnya sekitar 30 ribu hingga 40 ribu telah menyertai perhimpunan pertama BERSIH pada tahun 2007 dan ianya semakin meningkat melalui himpunan BERSIH 2 dan 3 sahingga mencecah 72 ribu penyertaan mengikut kajian tersebut.

Kemudiannya kumpulan BERSIH ini di kecam oleh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kerana setiap kali berlakunya perhimpunan BERSIH maka setiap kali itu jugalah ramai para peniaga merungut kerana mereka mengalami kerugian dan terpaksa menutup kedai pada hari tersebut yang kebiasaannya di buat pada hujung minggu di mana ini lah masanya orang awam keluar bersama keluarga untuk beriadah dan membeli barangan keperluan.

Kesesakkan jalan raya yang teruk sahingga menggangu kelancaran lalu lintas yang menyebabkan ramai pemandu teksi terpaksa tidak mengambil penumpang kerana tidak mahu terperangkap didalam kesesakan dan terpaksa menanggung kerugian kerana tidak dapat mengambil penumpang.

Kemudian dari itu kumpulan haram tersebut tidak lagi membuat himpunan atas nama BERSIH tetapi mereka membuat perhimpunan dengan tema baru ia ini ‘Himpunan Kebangkitan Rakyat’, Atas kesedaran dari apa yang berlaku pada himpunan BERSIH, Himpunan Bangkit Rakyat tidaklah mendapat sambutan walaupun ada kehadiran tetapi menurun kepada 63 ribu peserta sahaja.

Sekali lagi pihak penganjur haram menukar tema semata mahu menarik minat orang awam untuk turut serta didalam himpunan yang mereka anjurkan, Kali ini mereka mengambil kesempatan di atas kegagalan parti pembangkang mengambil alih kerajaan melalui pilihan raya dan mereka memanggilnya dengan nama “Gelombang Black 505″ atau ‘BLACK505”.

Walaupun pada mulanya himpunan ini berjaya menarik peserta diantara 49 ribu hingga mencecah 60 ribu tetapi mengalami penurunan pada himpunan himpunan “Black505’ yang lainnya kerana himpunan yang dianjurkan tidak pernah di ketahui hala tuju yang hendak di bawa.

Walaupun dijanjikan dengan hebahan bakal mendedahkan kepincangan kerajaan, tetapi yang sering di temui ialah sekadar menyebut kesalahan kerajaan tanpa boleh menzahirkan atau membuktikan apa yang mereka sebut didalam ceramah ceramah yang lebih berbau fitnah semata dan ini membawa kepada kemerosotan sambutan rakyat kepada himpunan seumpana ini jika ada yang hadir mungkin sekadar untuk berhibur saperti mendengar celoteh badut sarkas di pentas.

Kemudiannya pihak penganjur mendapat ilham dari isu GST yang sedang di rangka oleh kerajaan untuk di jadikan modal menghasut rakyat untuk berhimpun di jalan raya dengan mengunakan tema “BantahGST”, tetapi rakyat sudah saperti mual dengan gelagat mereka ini yang akhirnya dikhabarkan hanya sekitar 17 ribu – 21 ribu sahaja yang berjaya mereka kumpul, munginmereka ini datang sekadar mahu berhibur saperti yang di maklumkan tadi.

Terbaru pada 7 Mach 2015 mereka cuba sekali lagi menghasud rakyat melalui himpunan “Kitalawan” yang motifnya lebih kepada isu mendesak kerajaan membebaskan Anwar yang telah di dapati bersalah oleh makamah dan di penjarakan. Himpunan ini tidak lansung mendapat sambutan hanya sekadar pesimpati mungkin yang datang berhimpun dan di anggarkan sekitar 7 hingga 9 ribu sahaja, itu mengikut pandangan kajian tersebut tetapi ramai yang percaya bahawa tidak pun sampai 2 ribu penyertaan sebenarnya.

Walaupun mengunakan jenama Anwar rakyat sudah benar benar muak dengan ceramah dan hiburan pentas yang mereka hidangkan, sekadar sebuah hiburan hujung minggu yang sudah ketinggalan zaman yang orang sudah tidak minat lagi untuk turut menyertai, melihat ataupun mahu mendengarnya.

unnamed (24)

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.