Kiriman pada: Tue, Jul 21st, 2015

Rakyat Terus Beri Kepercayaan Pada BN

Kongsi maklumat ini
Tags

hsftgjmxBESUT – Isu negatif yang ditimbulkan pelbagai pihak tidak bertanggungjawab terhadap kerajaan dan pemimpin negara, nyata tidak menghalang rakyat daripada mengunjungi rumah terbuka pemimpin BN sempena Aidilfitri ini.

Adun Kota Putera, Mohd Mahdi Musa berkata, rakyat telah mengetepikan segala tohmahan dan fitnah kepada pemimpin negara untuk bersama pemimpin BN berhari raya di majlis rumah terbuka di seluruh negeri yang diadakan sejak hari pertama Syawal.

Malah, katanya, beliau tidak menduga lebih 10,000 rakyat datang ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Penyelaras Umno Kota Putera yang diadakan di kediamannya di Kampung Limbongan.

“Saya berterima kasih kepada penduduk Besut yang hadir di luar dugaan pada hari ini dan juga sewaktu Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Imtiaz Besut di Kota Putera baru-baru ini,” katanya kepada media di Majlis Rumah Terbukanya.

Sementara itu, hadirin turut dikejutkan dengan kehadiran selebriti terkenal, Zizan Razak hingga menyebabkan ada yang berebut untuk mengambil gambar bersamanya.

Menurut Zizan dia tidak mempunyai sebarang program di Terengganu sempena hari raya ini cuma hadir di majlis rumah terbuka di negeri ini dan Kelantan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.