Kiriman pada: Fri, Jul 3rd, 2015

Rakyat Tetap Belanja Untuk Raya Walaupun GST

Kongsi maklumat ini
Tags

fxgjfKUALA LUMPUR – Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak akan membebankan rakyat untuk berbelanja pada musim perayaan khususnya pada Program Promosi Warna-warni Aidilfitri 2015.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, program itu sebaliknya membantu ramai peniaga yang tidak mendapat tempat terutama di sekitar Kuala Lumpur.

Menurutnya, pengguna mempunyai kuasa penuh dalam berbelanja dan yakin akan mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Mereka boleh gunakan kuasa membeli, tetapi saya yakin jualan akan terus meningkat mengatasi pencapaian tahun lalu.

“Kita sasar sebanyak RM3.2 juta jualan akan dapat dicapai pada tahun ini berbanding tahun lalu hanya RM3.1 juta,” katanya dalam sidang media di Kompleks Kraf, di sini, semalam.

Beliau berkata GST tidak memberi impak kerana pelaksanaan itu sebenarnya baik untuk negara dan rakyat.

“Tahun ini seramai 230 peniaga diberikan tempat dengan kadar sewa tertentu sepanjang 13 hari diadakan.

“Ini merupakan strategi serampang dua mata serta mempunyai signifikan kepadah perkembangan industri kraf dan juga pelancongan negara.

Beliau berkata, penganjuran promosi ini bertepatan dengan Kempen Malaysia Year of Festivals 2015.

Festival ini mempromosikan pelbagai keperluan hari raya seperti busana, perhiasan diri, makanan, kuih muih, bingkisan raya dan kelengkapan dekorasi dalaman rumah dan taman.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.