Kiriman pada: Tue, Dec 27th, 2016

Rakyat Tidak Perlu Di Beri BR1M

Kongsi maklumat ini
Tags

Mahathir berkata pemberian BR1M sama seperti pemberian rasuah dan ianya bertujuan untuk meraih sokongan bagi menghadapi pilihan raya ke 14 nanti, ini bererti BR1M jugalah yang mejadi penyebab kepada kemenangan kepada parti pembangkang pada pilihan raya ke 13 yang lalu sebaik sahaja BR1M diperkenalkan pada tahun 2010.

Sebenarnya Mahathir telah menghina berjuta rakyat Malaysia yang menerima BR1M sebagai sangat dayus dan miskin moral kerana mengalakkan berlakunya rasuah, malah setiap bantuan yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak kira bantuan apa sekali pun waima bantuan bencana juga boleh di ketegorikan sebagai rasuah oleh kerajaan termasuklah bantuan zakat juga dikira rasuah kepada yang hasnaf yang menerima.

Mahathir sudah kehabisan modal untuk menyerang kepimpinan Dato’ Seri Najib sahingga segala kebaikkan najib untuk rakyat dikira rasuah dan berkepentingan untuk meraih undi pilihan raya dan kesemuanya berkaitan dengan pilihan raya, dalam kepala otak Mahathir hanya ada perkara buruk berkenaan dengan Najib, Barisan Nasional dan UMNO.

Pada Mahathir apa sahaja program bantuan kepada rakyat ianya adalah rasuah, menghantar Tok imam dan siak mengerjakan haji juga adalah rasuh malah bantuan buku percuma juga adalah rasuah sedangkan mereka yang menerima ada yang datang dari keluarga ahli parti pembangkang sendiri, perkara yang tidak pernah Mahathir lakukan semasa menjadi Perdana Menteri dahulu selain bantuan kepada kroni dan anak beranak.

Sia-sia Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun kerana tidak pernah memikirkan bantuan kepada rakyat malah tidak ada didalam plan rancangan pentadbirannya untuk membantu rakyat selain berbangga dengan mendirikan bangunan pencakar lagi yang memberi kesenangan kepada kroni-kroni agar menjadi terus kaya dan mengaut keuntungan dari hasil kerajaan.

Sia-sia juga Mahathir hidup begitu lama tetapi tidak mengetahui palan rancangan bantuan seperti BR1M ini pernah dilakukan di beberapa negara dunia suatu ketika duhulu dengan tujuan untuk merangsang ekonomi agar terus berkembang, malah didalam keadaan ekonomi global yang negetif dan tidak menentu ini pemberiam BR1M dapat merangsang semula ekonomi apabila rakyat dapat berbelanja.

Lihat sahaja Singapura yang memperkenalkan Skim Bantuan Awam (Public Assistence (PA) ) satu bentuk bantuan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah, yang akhirnya berjaya memulihkan kembali ekonomi mereka, begitu juga dengan Brazil yang memperkenalkan Bolsa Familia, Mexico yang memperkenalkan Oportunidades kesemuanya adalah bertujuan untuk membantu rakyat mereka dan dalam masa yang sama meransang ekonomi negara mereka.

Mahathir mungkin malu kepada dirinya sendiri kerana selama menjadi Perdana Menteri beliau tidak pernah memikirkan untuk memberi bantuan seperti ini kepada rakyat, tetapi sering memberi bantuan kepada syarikat perniagaan kroni agar tidak jatuh bangkrap.

Sebenarnya Mahathir tahu bahawa dengan pemberian BR1M berdasarkan prinsip ekonomi asas kerajaan berbelanja, konomi negara akan semakin berkembang dan sebaliknya bila kerajaan kurang berbelanja, ekonomi juga akan menguncup dan bila ekonomi berkembang ini akan membuatkan rakyat menjadi sejahtera, perkara ini yang merungsingkan Mahathir yang kini sedang dipergunakan oleh pembangkang.

Mahathir seharusnya menasihatkan juak-juaknya agar tidak menerima BR1M termasuk apek-apek tua dari pembangkang yang paling banyak menerima BR1M, malah perlu juga menasihatkan pengikut totoknya agar memulangkan wang BR1M yang mereka ambil jika sayang kepada beliau sebagai idola.

Mahathir tidak perlu sembunyikan cara Najib mengembalikan wang rakyat bukan seperti dakwaan Anwar terhadap Mahathir yang menyakau duit rakyat, pemberian BR1M tidak pernah mengambil tahu latar belakang dan ideologi politik penerima BR1M, kerana BR1M merupakan wang rakyat, tidak salahlah untuk mengembalikan kepada mereka bukan menyakau hak mereka.

Mahathir perlu malu kerana Dato’ Seri Najib dan kerajaan kerana telah melaksanakan pelbagai program dan menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk meringankan beban kewangan rakyat daripada kos sara hidup yang tinggi perkara yang tidak pernah Mahathir lakukan dahulu sahingga terpaksa mengeluarkan faktwa bahawa BR1M itu adalah satu bentuk rasuah untuk pilihan raya.

Kepada totok Mahathir harap anda tidaklah mengambil atau mengembalikan semula BR1M kerana ianya adalah rasuah dalam penilaian Mahathir kerana Mahathir mahukan rakyat negara ini terus menjadi mundur dan miskin agar mudah diperkotak-katikkan nanti, rakyat harus dihasut agar tidak terus memberi sokongan kepada perancangan dan transformasi Dato’ Seri Najib yang mahukan negara dan rakyat negara ini terus maju dan sejahtera.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.