Kiriman pada: Mon, Jan 25th, 2016

Rampas Parlimen Bakri – Usah Kenang Masa Lalu.

Kongsi maklumat ini
Tags

1weeTimbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong berpendapat bahawa MCA perlu mencari kekuatan baru dan memiliki keberanian untuk berhadapan dengan Pilihanraya 14 walaupun berbekalkan kekalahan yang lalu.

“Lihatlah Kehadapan dengan kekuatan untuk melawan musuh , usah lagi kita kenang masa lalu ”

Pendapat iklas itu telah di luahkan oleh Datuk Wee ketika berucap didalam majlis makan malam sambutan Pra Tahun Baru Cina yang di anjurkan oleh MCA Bahagian Bakri.

“Inilah masa yang terbaik untuk mengembalikan semula kawasan Bakri kepada MCA pada pilihanraya akan datang untuk membuktikan kemampuan bekerja MCA”.

Hanya dengan gabungan ahli lama dan baru sahaja MCA mampu kumpul kekuatan untuk memenangi pilihanraya.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri mahu rakyat tahu, bahawa MCA lah sebenarnya parti yang banyak membantu rakyat terutama kaum Cina dari segi kepentingan pelajaran, kominiti dan perniagaan kaum Cina.

Hanya beliau dan Presiden Parti MCA yang menjadi wakil didalam kabinet yang sentiasa membangkitkan masalah kaum Cina di dalam kabinet dan juga di parlimen,cakap-cakap pembangkang hanyalah cakap-cakap politik sahaja hakikatnya mereka tidak melakukan apa-apa untuk kemajuan kaum mereka.

Beliau mengambil contoh akan wakil DAP untuk Parlimen Bakri yang tidak banyak membuat kerja walaupun telah hampir 8 tahun memegang kerusi Parlimen Bakri tetapi wakil MCA Datuk Sia Ka Chuan yang lebih banyak dan bertungkus-lumus serta banyak menyelesaikan masalah di kawasan itu.

Oleh itu bagi PRU 14 adalah waktu terbaik untuk mengembalikan semula Parlimen Bakri kepada kepimpinan MCA.

“Kita kena kerja keras untuk kembalikan maruah MCA pada PRU akan datang” – Datuk Wee Ka Siong

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.